Sotong stim limau ala thai ini sangat senang dan sedap. Rasa sotong stim limau yang pedas masam dan manis pasti akan membangkitkan selera anda. Hari-hari kalau buat dan hanya makan sotong macam ni pun takpe. Sebab sedap sangat.
BAHAN-BAHAN:
- Sotong 1/2kg atau 1kg
- Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas | letak lebih pun takpe
- Cincang cili dalam 8-9 biji | Kalau taknak pedas kurangkan
- Asam limau nipis dalam 3biji
- Daum ketumbar |potong
- Kiub pati ayam 1/2 atau 1
- Kicap sotong 3 sudu besar
- Gula 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN:
- Kukus sotong dalam 7 minit, jangan letak air. Kukus hingga masak dan angkat. Buang air sotong tu.
- Untuk sos dia, panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula dan tutup api.
- Tunggu suam sekejap , masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar.
- Nanti try dulu ikut citarasa korang, bila dah secukup rasa boleh lah tuangkan sos atas sotong tadi.
- Siap dihidangkan.
** Sos tersebut boleh juga digunakan untuk ikan siakap masak stim.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Ayadieeya
Baca juga: Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Sedap Untuk Sahur Dan Berbuka