Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Boleh Tahan Sampai 3 Minggu, Ini Cara Atur dan Simpan Stok Bahan Mentah Supaya Senang Nak Masak

Si Bunga by Si Bunga
Mei 19, 2022
in Tips
2 min read
0 0
0
Boleh Tahan Sampai 3 Minggu, Ini Cara Atur dan Simpan Stok Bahan Mentah Supaya Senang Nak Masak
0
SHARES
231
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ni, semua benda nak cepat. Kalau selalu beli saja makanan bila balik kerja, pasti bosan. Lagipun kalau masak, mesti lagi jimat.

BacaJuga

Wanita Ini Kongsi Caranya Menyimpan Sayur-Sayuran Di Dalam Peti Ais, Tips Ini Dijamin Berkesan

Wanita Ini Kongsi Caranya Menyimpan Sayur-Sayuran Di Dalam Peti Ais, Tips Ini Dijamin Berkesan

Jun 24, 2022
249
Elak Panic Buying! Ini Cara Simpan Beras, Tepung Gandum dan Rempah Yang Anda Perlu Tahu!

Elak Panic Buying! Ini Cara Simpan Beras, Tepung Gandum dan Rempah Yang Anda Perlu Tahu!

Mei 20, 2022
836

Masalahnya, bila nak masak ni agak leceh nak kena defrost, siang bahan mentah dan sebagainya. Makan masa juga tu. Untuk jimatkan masa memasak di dapur, jom kita ikuti cara atur dan simpan stok bahan mentah yang dikongsikan Naeamah Balqis. Tahan sampai 3 minggu tau!

Cara Atur dan Simpan Stok Bahan Mentah Untuk 3 Minggu

Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Memang betul awalnya penat tapi insyaAllah cara ini akan buat kita senang berminggu-minggu.

Bila dah ikut cara ni, pasti kita akan lebih rajin masak walaupun balik kerja lewat.

Sediakan bahan mentah, siang dan bersihkan siap-siap. Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sukatan sekali masak. Kemudian, isikan air sampai menutupi lauk tadi.

Bila dah siap, simpankan pada bahagian freezer. Air perlu letak pada paras bahan mentah untuk kekalkan kesegaran lauk.

Ada orang kata kalau nak simpan udang tak perlu letak air. Ini terpulang pada pendapat masing-masing. Kalau tak nak letak air pada udang pun boleh.

Antara bahan mentah yang biasa diletak air adalah udang, sotong, ikan dan ayam. Simpankan lauk yang dah bersih.

Simpan Stok Simpan Stok

Untuk daging atau tulang, boleh simpan tanpa air. Bila nak masak barulah alirkan bawah air paip. Kalau nak lagi senang, pindahkan bekas bahan mentah ke bahagian chiller pada waktu pagi atau malam sebelumnya. Pasti ramai orang buat macam ni, kan?

Simpan Stok

Cara Simpan Stok Sayur

Sayur pun ada cara simpannya juga. Untuk rempah segar macam halia, lengkuas, serai dan kunyit, letakkan ke dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran.

  • Untuk sayur-sayur di bawah ni, anda boleh letak tisu kering di bahagian bawah bekas untuk serap air yang akan menitis ke dalam bekas tersebut. Antara sayur yang boleh simpan dengan cara ni adalah :
    Cili hijau
  • Limau
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daun sup
  • Kacang panjang
  • Cili merah
  • Carrot
  • Timun petai
  • Kobis
  • Sawi jepun
  • Kobis bunga
  • Brokoli

Simpan Stok Simpan Stok

Simpan Stok

InsyaAllah dengan cara ini sayur akan tahan lama. Cuma sawi jepun dan kobis tak tahan lama. Kalau boleh, guna dalam masa seminggu lepas beli. Kalau tak, sawi dan kobis akan lembik dan hitam.

Bila dah simpan tersusun ikut sukatan, memang senanglah nak masak walaupun dah sampai rumah lambat. Kita pun jadi lebih bersemangat nak sediakan lauk panas hari-hari di rumah.

Jom cuba cara atur dan simpan stok bahan mentah macam ni. Mesti lagi senang dan mudahkan kerja di dapur nanti. Selamat mencuba!

Sumber : Naeamah Balqis

Download WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
free download udemy paid course
download huawei firmware
Tags: cara simpan barang basahcara simpan sayur
ShareTweetSend

Related Posts

Harga Minyak Naik? Jangan Risau, Ini 10 Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan. Jimat Minyak dan Lebih Sihat!
info biskut

Harga Minyak Naik? Jangan Risau, Ini 10 Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan. Jimat Minyak dan Lebih Sihat!

Julai 1, 2022
77
kongsi tips jimat
Info

“Nasi, Ayam, Telur Tak Habis? Jangan Buang..” Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Sebab Harga Bahan Mentah Naik

Jun 26, 2022
401
tips gulai lebih sedap
Tips

Nak Gulai Lebih Sedap Dan Tahan Lama? Jangan Sesekali Terus Letak Bahan Ini,Tunggu Dulu!

Jun 25, 2022
365
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist