Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » “Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai..” Ini Dia Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’ & Enak!

“Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai..” Ini Dia Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’ & Enak!

Kategori:
cara buat roti butut bakar

Sedapnya kalau pagi-pagi dapat makan Roti Butut Bakar yang rare ini. Makan pula bersama-sama dengan kopi panas, memang nikmatnya tak terkata. Roti Butut Bakar ini merupakan tradisi orang Kelantan, setiap negeri memanggil dengan gelaran yang berbeza-beza.

Jika di Terengganu, masyarakat di sana gemar memanggil Roti Butut ini dengan gelaran Roti Paung manakala negeri-negeri lain memanggil roti ini dengan gelaran Roti Benggali.

Roti ini pastinya lebih enak jika dibakar dan dimakan pada waktu pagi. Walaubagaimanapun, hidangan Roti Butut Bakar ini kian dilupai dan ramai dalam kalangan kita yang belum pernah mencuba hidangan ini walaupun rasanya sangat sedap.

Jadi apa kata kalau kita cuba membuat Roti Butut Bakar ini sendiri. Nak tahu resepi? Jom ikuti perkongsian resepi dari di bawah ini.

Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;

Tiada apa yang lebih istimewa melainkan menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.

Cikgu berusaha memanjangkan resepi sebegini untuk mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.

Semoga keunikan citarasa selera Mok dan nenek moyang cikgu dari Kelantan terus diminati selamanya.

Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’ & Enak

  1. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. Betul. Cikgu dah cuba. Okeh potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.
  2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Wajib guna marjerin jenama nih Mok pesan. Kalau guna yang lain atau butter rasa klasiknya takkan timbul. Marjerin Seri Pelangi boleh buat roti kita bau wangi berganda.Dulu harganya murah sikit dari yang lain. Sekarang dah naik. Tengok Mok simpan dalam bekas tu je. Jangan dikemas buang. Siaplah kena bebel. Sapu marjerin tu kat kedua belah roti ya.Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin
  3. Haa Mok sapu-sapu juga marjerin atas pan begini. Barulah roti dibakar garing cantik. Extra berlemak gituh. Habislah diet cikgu. Padahal tak fikir dah pun. 
  4. Mok kata; ‘Kalu celup pelung so roti gitu parok telur. Tepek-tepek dengan garpu ginih baru jimat.’ Haa faham ke? Buat kedua belah ya.Ingat tu Mok cikgu pesan. Kalau cikgu sendiri buat memang celup-celup. Tak cukup dua biji telur untuk seketul besar roti butut tu. Baik ikut cara Mok cikgu ni. Sederhana dalam semua perkara kan bagus.
  5. Barulah dibakar atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.
  6. Siap semua bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan.
  7. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!
  8. Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul.

Mudah dan sungguh menyelerakan kan tengok Roti Butut Bakar ini? Walaupun hidangan ini tampak simple namun rasanya sungguh enak dan menyelerakan.

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

tags: | | |