Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Simpan 8 Bulan Pun Segar – Cara ‘Rare’ Simpan Cili Bagi Tahan Lama, Letak Dalam Botol Ikut Kaedah Ini

Simpan 8 Bulan Pun Segar – Cara ‘Rare’ Simpan Cili Bagi Tahan Lama, Letak Dalam Botol Ikut Kaedah Ini

Kategori: ,
simpan cili bagi tahan lama

Bagi pembaca yang inginkan bahan mentah seperti cili tidak rosak dalam jangka masa pendek dan boleh disimpan lama, perkongsian artikel ini sememangnya untuk anda.

Kadang-kadang, kita simpan cili tak sampai seminggu pun dah layu dan tak boleh digunakan sebagai bahan masakan, kan? Jadi, Daily Makan ingin berkongsi tip yang memang membantu anda menyimpan cili hingga segar sampai 8 bulan tau!

Perkongsian simpan cili bagi tahan lama ini dikongsi oleh Puan Haslinda di media sosialnya dan diakui memang tahan lama.

“Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar”, katanya menerusi satu perkongsian. simpan cili bagi tahan lama

Simpan 8 Bulan Pun Segar – Cara ‘Rare’ Simpan Cili Bagi Tahan Lama, Letak Dalam Botol Ikut Kaedah Ini

  • Caranya adalah simpan cili dalam botol.
  • Mula-mula, sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
  • Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
  • Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
  • Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral. simpan cili bagi tahan lama

Semoga perkongsian simpan cili bagi tahan lama dalam botol ini bermanfaat buat semua pembaca. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Puan Haslinda

Baca juga: Bosan Dengan Sandwich Biasa? Jom Buat Roti Gulung Semudah 123, Memang Sedap & Kenyang!

tags: | |