Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » “Bau Daun Kari Tak Hilang”, Rahsia Simpan Daun Kari Hingga Berbulan-Bulan, Ini Rahsianya..

“Bau Daun Kari Tak Hilang”, Rahsia Simpan Daun Kari Hingga Berbulan-Bulan, Ini Rahsianya..

Kategori: ,
simpan daun kari

Anda pernah tak menghadapi masalah apabila terbeli daun kari dengan kuantiti banyak dan bingung bagaimana untuk menyimpannya agar kekal segar.

Kalau anda rasa begitu, Daily Makan ingin berkongsi tip bagaimana ingin menyimpan daun kari agar baunya tidak hilang hingga berbulan-bulan.

Biasanya kita akan simpan dalam freezer, tetapi selain itu ada kaedah lain yang boleh dilakukan. Malah cara yang dikongsi oleh Emma Zam membolehkan daun ini tahan berbulan-bulan dan lebih menarik, baunya tetap ada.

Jom kita ikut perkongsian Emma Zam ini bersama.

“Bau Daun Kari Tak Hilang”, Rahsia Simpan Daun Kari Hingga Berbulan-Bulan, Ini Rahsianya..

Tip Simpan Daun Kari Supaya Tahan Lama

  1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
  2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
  3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masukkan dalam masakan, baunya kekal sama. simpan daun kari simpan daun kari

Tip Esktra

  • Boleh basuh daun terlebih daulu supaya booleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
  • Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
  • Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
  • Kaedah yang sama boleh juga dilakkukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.

Jadi sekarang anda dah tahu kan tip simpan daun kari hingga berbulan agar kekal segar ni kan? Semoga dapat menerima manfaat daripada perkongsian ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Emma Zam 

Baca juga: Resipi Masak Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali, Makan Dengan Nasi Boleh Nak Ratah Pun Sedap

tags: | |