Sedapnya kek puding karamel pelangi ni. Sesuai untuk sejukkan tekak di musim panas ni. Kalau anda biasa makan, memang tahu betapa sedapnya kek ni kan. Asyik beli je, apa kata jom cuba buat sendiri pula.

Cara Buat Kek Puding Karamel Pelangi, Resepi Mudah Guna Sukatan Cawan

BAHAN A (KARAMEL)

  1. Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar dua (2) biji loyang bulat ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
  2. Ketepikan dahulu loyang.

BAHAN B (PUDDING)

Bahan-bahan:

  • 6 biji kuning telor
  • 1 tin susu cair / susu sejat
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit esen warna kuning telor

Cara-cara:

  1. Satukan susu cair, susu pekat manis, telor, esen vanilla dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
  2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.

BAHAN C (KEK)

Bahan-bahan:

  • 3 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan makan gula castor
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Esen warna hijau, biru, pink, kuning telor atau apa2 warna yang digemari.

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.
  4. Ketepikan dahulu adunan.

BAHAN D (MERINGUE)

Bahan-bahan:

  • 6 biji putih telur
  • 4 sudu besar gula castor
  • 1 sudu teh cream of tartar

Cara-cara:

  1. Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).

Cara-caranya:

  1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
  2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa2 warna yang digemari.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.

     

  4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.

     

  5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.

     

  6. Bakar kek pada suhu 160 degree selama 45 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.

     

  7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 10 minit baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang.

     

  8. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.

     

  9. Terbalikkan loyang dan cepat2 lapkan lebihan air yang ada pada kek.

     

  10. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru dihidangkan.

 

Kredit: Fauziah Ali

(This post has been visited 390 times!)