Ini dia resepi biskut nutella tart hanya dengan 5 bahan. Tetapi rasanya sangat sedap. Nutella tart ini juga mudah untuk disediakan. Korang wajib cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm butter
  • 60gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 450gm tepung gandum (Kalau nak buat tart red velvet tu just tambah jer 1 tsp red velvet emalco,¬† kalau tart biasa tak payah letak ok)

Bahan Inti:

  • Nutella Coklat(hakak guna coklat dalam gambar tu jerk)
  • Almond flavour 1/2 tsp (tak letak pon boleh)

CARA PENYEDIAAN:

1.Pukul manja  mentega dan gula sampai sebati, bukan sampai kembang.

2.Lepas tu masukkan kuning telur.

3.Dan akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.

4.Terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas diulang pembakar.

5.Paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak lepas tu tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.

6.Bakar selama 15-20 minit (Kalau suka garing sikit biskut nya bakar dulu selama 5 minit, lepas tu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit)

*Jangan lupa sangai tepung tu dulu ye, tak nak sangai pon tak apa tapi kalau nak lebih ringan sangai la dulu.

*kalau tak pandai gune acuan tart tu, korang boleh lah bulat-bulatkan dan buat lubang kat tengah ye.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Umie Nurhayati

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3,638 times!)