Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home ยป Resipi ยป Sudah Bosan Dengan Resipi Jenis Cheese Yang Sedia Ada, Anda Boleh Mencuba Resepi Burnt Cheese Tart Diinovasikan Menjadi Lebih Sedap!

Sudah Bosan Dengan Resipi Jenis Cheese Yang Sedia Ada, Anda Boleh Mencuba Resepi Burnt Cheese Tart Diinovasikan Menjadi Lebih Sedap!

Kategori:

Pelik-pelik betul resepi sekarang yang telah orang ramai inovasikan. Mungkin kerana sudah bosan dengan makanan yang sedia ada dan cuba untuk buat resepi baharu.

Seperti resepi yang akan dikongsikan ini, kebiasaannya kita selalu dengan Burnt Cheese Cake tapi kali ini resepi yang akan dikongsikan ialah Resepi Burnt Cheese Tart. Lain dari yang lain!

Sudah Bosan Dengan Resepi Jenis Cheese Yang Sedia Ada, Anda Boleh Mencuba Resepi Burnt Cheese Tart Diinovasikan Menjadi Lebih Sedap!

Resepi ini dikongsikan di laman media sosial TikTok YatieCooking, dan resepinya lain dari yang lain kerana tidak pernah terfikir untuk membuat resepi burn cheese tart.

Burnt Cheese Tart

Bahan-Bahan:

  • 125gm cream cheese
  • 125gm natural yogurt
  • 30gm butter
  • 125ml Susu (dutch lady full cream)
  • 45gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu teh tepung jagung
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan cream cheese dan natural yogurt dan lembutkan cheese tersebut.
  2. Masukkan butter kedalam campuran di atas, dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan susu dutch lady sambil menggaul di dalam mangkuk tersebut sehingga sebati.
  4. Masukkan pula gula kastor, esen vanilla dan garam, kemudian gaulkan sehingga sebati.
  5. Selepas selesai, masukkan tepung jagung dan sebiji telur ke dalam adunan tersebut.
  6. Jika adunan mempunya ketulan, anda boleh tapis dahulu adunan tersebut.
  7. Kemuadian, siap sediakan kulit tart yang telah anda buat dan masukkan adunan tersebut kedalam pipe bag.
  8. Secara perlahan-lahan letakkan adunan tersebut di atas kulit tart tersebut.
  9. Bakar dengan suhu 230 darjah menggunakan oven api atas bawah. Bakar selama 10-15 minit bergantung kepada jenis cheese yang anda ingin kan seperti firm cheese, gooey cheese dan burnt cheese. Tapi jika mengitu resepi ini, perlu lah burnt cheese

Burnt Cheese Tart

@yatiecooking

Burnt cheese tat .. sedap juga. Ada rasa effect hangus tu ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š. Pelik-pelik orang sekarang makan ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ. #resepitiktok #resepi #burntcheese #burntcheesetart #cheese #cheesetart

โ™ฌ original sound – Yatiecooking – Yatiecooking

@yatiecooking Burnt cheese tat .. sedap juga. Ada rasa effect hangus tu ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š. Pelik-pelik orang sekarang makan ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ. #resepitiktok #resepi #burntcheese #burntcheesetart #cheese #cheesetart โ™ฌ original sound – Yatiecooking

Dah siap! Maka terjadilah Burnt Cheese Tart yang sempurna dimakan bersama-sama keluarga atau boleh dibuat semasa bulan Ramadhan tidak lagi. Boleh prepare untuk menu-menu sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Selamat Mencuba!

Kredit: YatieCooking

Baca Juga: Resepi Burn Cheese Cake Step-By-Step & Tips Sukat Bahan Tanpa Guna Penimbang

tags: | |