Kuih bakar pandan ini merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat terkenal sejak dulu lagi. Zaman sekarang ni mungkin ada kuih ni dijual kat pasar malam atau pasar pagi kot. Tapi susah sikit nak jumpa.

Adunan kuih ni senang je nak buat cuma masa untuk bakar kuih  ini agak lama sikit. Kuih ini boleh dibakar menggunakan oven saja. So sesiapa yang tak ada oven tu still boleh buat kuih ni. Masak atas dapur gas je.

Ok jom tengok dulu resepinya.

Bahan-bahan:

  • 250g tepung gandum
  • 200g gula putih
  • ½ sudu kecil garam
  • 310ml santan
  • 250ml jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar majerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air. Kemudian tapis untuk membuang hampas daun pandan.
  2. Campurkan tepung gandum, gula putih, garam, santan dan jus pandan.
  3. Masukkan telur, majerin dan sedikit pewarna hijau. Kisar semua bahan tadi hingga sebati.
  4. Tapis bahan yang dikisar supara adunan tidak berketul.
  5. Panaskan acuan kuih dengan sedikit minyak.
  6. Taburkan bijan dan tuangkan adunan.
  7. Bakar adunan selama 40-45 minit.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 7 times!)