Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Bakar Air Fryer Super Simple, Tetap Lembut Dan Rasa Isi Berlemak, Cubalah!

Cara Buat Kuih Bakar Air Fryer Super Simple, Tetap Lembut Dan Rasa Isi Berlemak, Cubalah!

Kategori: ,
Kuih Bakar Air Fryer

Air fryer bukan sahaja digunakan untuk kegunaan menggoreng ikan tau. Tetapi ia lebih dari itu. Bagi yang dah ada air fryer, sudah tentu alat ini akan memudahkan korang untuk memasak sesuatu hidangan kan.

Bagi yang ingin mencub untuk membuat kek atau kuih menggunakan air fryer, kami ada perkongsian kuih yang sedap di sini. Kuih Bakar Air Fryer super simple ni memang korang kena try. Dengan adunan dan resepi yang dikongsi, tekstur dan rasa kuih bakar akan lembut dan cair di mulut. Cubalah!

Cara Buat Kuih Bakar Air Fryer Super Simple, Tetap Lembut Dan Rasa Isi Berlemak, Cubalah!

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 cawan santan/1 kotak kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
  2. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
  3. Masukkan air fryer suhu 170 darajh celcius dengan masa 45 minit.
  4. Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
  5. Selamat mencuba!

Kuih Bakar Air Fryer Kuih Bakar Air Fryer Kuih Bakar Air Fryer

Dah siap kita punya Kuih Bakar Air Fryer yang super simple ni. Ikut je sukatan bahan ni, boleh dapat 2 biji kuih bakar tau. Nanti boleh hidangkan untuk hidangan minum petang bersama keluarga dan kenalan. Memang menyelerakan dengan kelembutan Kuih Bakar Air Fryer yang dinikmati.

Semoga perkongsian ini bermanfaat ini bermanfaat buat pembaca. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Tsu Feh Sufiah

Baca juga: Resepi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut

tags: | |