Previous Post
Tweet about this on TwitterPin on PinterestShare on LinkedInShare on Google+Email this to someoneShare on FacebookShare on VkontakteShare on Odnoklassniki
Read on Mobile

Nikmati Nasi Arab Sawit Corner Bawah Rimbunan Pokok Kelapa Sawit Kampung Solok Duku, Masjid Tanah

Menikmati hidangan nasi Arab dalam suasana nyaman di bawah rimbunan pokok kelapa sawit mungkin satu pengalaman menarik bagi pelanggan yang berkunjung ke Kedai Sawit Corner yang terletak di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.

Suasana yang tenang, jauh dari bunyi bising kesibukan bandar mungkin menambah lagi selera pengunjung yang singgah menikmati juadah di gerai makan ini.

Walaupun terletak di tengah rimbunan pokok kelapa sawit, namun gerai ini tetap menjadi pilihan pengunjung.

Antara menu yang ditawarkan di gerai in adalah set Nasi Arab Sawit Corner yang dikukus dengan pilihan lauk sama ada ayam atau kambing dengan saiz standard yang dijual pada harga antara RM12 hingga RM22 sepinggan.

Untuk lauk set nasi Arab adalah dengan menyajikan lauk yang dikukus.

Selain dari set Nasi Arab Sawit Corner, gerai ini turut menyediakan set nasi Arab bajet yang berharga RM8.90 sepinggan. Dengan hanya RM8.90 pelanggan boleh menikmati hidangan nasi Arab yang menyelerakan ini.

Gerai ini turut menyediakan hidangan set untuk keluarga atau arba’ah dengan pilihan lauk iaitu ayam atau kambing sahaja atau ayam bersama kambing

Apa yang menarik, pelanggan juga boleh memesan minuman kordial tanpa dikenakan bayaran. Malah kedai itu turut menyediakan minuman pelbagai jenis air seperti coconut shake, banana milkshake, laici kang, air batu campur (ABC), ABC tapai pulut serta cendol.

Harga untuk setiap hidangan yang disediakan di sini cukup berbaloi dan amat berpatutan.

 

Kredit: Hypp Inspirasi

 

(This post has been visited 24 times!)
Next Post

Related Post

Restoran Matahari Corner: Asam Pedas Telur Ikan Terbaik di Melaka
Seperti yang diketahui ramai, Melaka bukan sahaja dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah yang menempatkan banyak lokasi

Related Post

Bakso Dari Sekecil Bola Ping Pong Hingga Sebesar Bola Tenis di Medan Bakso Peringgit
Terdapat beberapa gerai yang menyediakan hidangan bakso di Melaka. Antara tempat makan yang mampu menghidangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *