Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Kenali Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco Kelantan, Hidangan Char Kuey Teow Paling Unik Best In Town Kota Bharu! Jom Singgah Rasai Pengalaman Berbeza!

Cik Daun by Cik Daun
Februari 14, 2023
in Tempat Makan
3 min read
0 0
0
Kenali Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco Kelantan, Hidangan Char Kuey Teow Paling Unik Best In Town Kota Bharu! Jom Singgah Rasai Pengalaman Berbeza!
0
SHARES
163
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja Char Kuey Teow, pasti anda akan membayangkan Char Kuey Teow yang dimasak dengan kicap bersama bawang putih, pes cili, daun kucai dan bahan-bahannya yang lain. Ia adalah bahan masakan yang biasa dimasak untuk membuat Char Kuey Teow versi kering, ataupun versi basah dengan lauk seperti kerang dan udang.

BacaJuga

Dari Laksa Hingga Hidangan Western, Ini 10 Tempat Makan Terbaik di Kedah Yang Patut Anda Cuba

Dari Laksa Hingga Hidangan Western, Ini 10 Tempat Makan Terbaik di Kedah Yang Patut Anda Cuba

Januari 22, 2023
600
Sarat Dengan Nostalgia Dan Hidangan Membuka Selera, Ini 7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

Sarat Dengan Nostalgia Dan Hidangan Membuka Selera, Ini 7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

Januari 19, 2023
93

Tetapi tahukah anda? Char Kuey Teow yang ditawarkan di Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco di negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan menghidangkan masakan mereka dengan cara yang unik dan berbaloi untuk dicuba.

Kenali Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco Kelantan, Hidangan Char Kuey Teow Paling Unik Best In Town! Jom Singgah Rasai Pengalaman Berbeza!

Bayangkan, anda boleh menikmati Char Kuey Teow dengan Oyster yang segar dan menjilat jari. Ternyata, gandingan makanan ini sememangnya sedap dan menarik. Sajian yang akan membuat lahap orang yang menyantap.

Restoran yang diusahakan oleh anak muda yang dikenali sebagai Amir, berusia 30 tahun itu memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk mencuba makanan yang berasal dari Penang dengan gabungan menu yang sedia ada di Kelantan.

Membuka restoran di dua cawangan dengan jayanya, sajian di sini menjanjikan kesedapan lauk yang begitu segar bugar. Bukan sahaja Char Kuey Teow Oyster, di sini juga menyediakan Char Kuey Teow versi Tomyam khusus buat penggemar Tomyam dan pelanggan yang ingin mencuba hidangan lain dari yang lain.

Char Kuey Teow Oyster & Char Kuew Teow Tomyam, Hidangan Rare Yang Menjilat Jari!

Apa yang menarik, jika anda memesan Char Kuey Teow Tomyam, ia akan dihidangkan bersama Coconut Shake percuma yang lazat dan berlemak. Sememangnya, hidangan rare sebegini susah didapati di kedai lain.

Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai makanan western seperti Grilled Chicken, Golden Lamb Grilled dan lain-lain. Minuman di sini juga berkhasiat dan dihidangkan dengan cara yang mantap. Di mana lagi anda boleh dapatkan kelapa lemon laici jika bukan di sini?

Anda Mahukan Makanan Western? Ia Juga Tersedia Di Sini

Tempahan Dekorasi Majlis Secara Percuma

Bagi yang ingin meraikan majlis atau sambutan bersama yang tersayang, anda sememangnya beruntung menjadi pelanggan di Char Kuey Teow Oyster Tabasco ini. Dengan dekorasi yang menarik dan meriah, ia juga disediakan secara percuma! Kenikmatan pelanggan adalah moto mereka.

Melihat kepada potensi jualan yang begitu memberangsangkan dan mendapat sokongan ramai, Char Kuey Teow Osyter Tabasco berhasrat membuka lebih banyak cawangan di samping menyediakan pekerjaan kepada anak-anak muda di Kelantan.

Mereka juga sudah mula menjual pes tomyam secara borong ke seluruh Malaysia dan sudah sampai hingga ke negeri Johor. Dengan penjualan ini, secara tidak langsung ia memberi peluang pekerjaan juga kepada anak muda di seluruh Malaysia supaya berniaga.

Lebarkan Sayap Jual Pes Char Kuey Teow Ke Seluruh Malaysia

 

Sesiapa yang ingin menikmati pengalaman luar biasa menikmati Char Kuey Teow dan hidangan rare lain dari yang lain, bolehlah berkunjung ke Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco, bertempat di lokasi berikut.  Hubungi 017-9541169/013-3126401 untuk maklumat lanjut. Selamat menikmati!

Lokasi: Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco Traffic Light Batu 4 Wakaf Che Yeh & Restoran Char Kuey Teow Oyster Tabasco Kedai Mulong

Waktu Operasi: 5:15 petang – 12.30 malam

Free Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Best WordPress Themes Free Download
online free course
download intex firmware
Tags: restoran KelantanTempat Makan Best
ShareTweetSend

Related Posts

cendol santan kelapa sawit
Berita

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

Mac 19, 2023
205
Ani Jeruk Buah Nise
Berita

Ani Jeruk Buah Nise Viral Hingga Masuk TV3, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Nak Cuba Jeruk Style Orang Zaman Dahulu

Januari 25, 2023
488
Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!
Review

Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Januari 22, 2023
3.2k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist