Setiap kali berkunjung ke pasaraya seperti Tesco atau Giant, pasti ada daripada anda yang sering menikmati makanan di food court pasaraya tersebut. Menu yang menjadi pilihan ramai semestinya yee mee sizzling, nasi sizzling dan sebagainya dimana sedap dimakan panas-panas.
Disebabkan sekarang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda mesti teringin untuk nikmati kelazatan yee mee sizzling di food court pasaraya, bukan? Apa kata anda ikuti resipi yee mee sizzling ala food court oleh pengguna Twitter @anisaniesa dijamin sedap ini.
Kalau teringin nak makan Yee Mee Sizzling ala-ala Tesco tapi payah nak dapat sekarang, you guys boleh cuba buat sendiri kat rumah. Tak nak Yee Mee nak ganti nasi pun boleh.
Niess share resepi bawah ni. Mana tahu ada yang teringin nak cuba. Senang sangat, bahan pun simple✨ pic.twitter.com/2RIh8fkA5o
— Niesh Noshh (@anisaniesa) April 8, 2020
BAHAN-BAHAN :
- Halia (2-3 inci)
- Bawang putih (5 ulas)
- Ladang hitam (1-2 sudu kecil)
- Cili kering (5-7 keping)
- Ayam (ikut suka)
- Air (2-3 cawan)
- Sos tiram (4 sudu besar)
- Kicap pekat (3 sudu besar)
- Kicap manis (3 sudu besar)
- Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
- Kiub pati ayam (1 kiub)
- Tepung jagung (3-4 sudu besar)
- Gula (secukup rasa)
- Garam (secukup rasa)
- Cendawan (ikut suka)
- Sawi (ikut suka)
- Telur (ikut suka)
- Yee Mee atau nasi
CARA PENYEDIAAN :
1.Mula-mula hiris bawang putih dan halia dan tumbuk secara tradisional, tidak perlu lumat.
2.Seterusnya, masukkan lada hitam tadi juga dan tumbuk lagi.
3.Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi.
4. Tumis dan masukkan cili kering serta tumis sampai nampak perang.
5. Dah agak perang boleh masukkan ayam. Ayam terserah nak ada tulang ke, isi ayam sahaja ke, ikut selera masing-masing.
6. Apabila ayam sudah nampak masak sikit, masukkan air dalam 3 cawan.
Dah agak perang tu boleh masukkan ayam. Ayam tu terserah nak ada tulang ke, isi ayam sahaja ke. Ikut selera masing-masing. Potong dadu atau potong sesedap rasa. Dapur kita, kita yang berkuasa ?? pic.twitter.com/AtoNZe5BT6
— Niesh Noshh (@anisaniesa) April 8, 2020
7. Kemudian, apabila sudah menggelegak sikit, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk lada hitam.
8. Masukkan kiub pati ayam dan kecilkan api sikit masa ini.
9. Selepas itu, bancuh tepung jagung bersama air dalam belas lain dan masukkan kedalam kuah tadi
Bancuh tepung jagung dalam belas lain. Letak air tau bancuh. Niess guna air biasa. Kalau nak sihat sikit pergi lah guna air suam Cuckoo. Kalau rasa masih cair tak pekat, bancuh sikit lagi. Masa ni gunakan kepakaran you untuk tilik dah pekat ke belum pic.twitter.com/PXxQkWQyZh
— Niesh Noshh (@anisaniesa) April 8, 2020
10. Selepas kuah dah pekat, masukkan cendawan.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau dan kacau.
12. Kemudian, masukkan sawi pula.
Dah siap kuah dia. Sekarang boleh letak tepi atau tukar periuk. Tak payah nak campur terus dengan yee mee. Kita asingkan. Nak makan baru kita panaskan sekali dengan Yee Mee pic.twitter.com/T2MsTu6dbz
— Niesh Noshh (@anisaniesa) April 8, 2020
13. Dalam bekas lain, rebus Yee Mee dengan air sehingga kembang.
14. Selepas itu, masukkan Yee Mee dalam kuah dan panaskan ia.
15. Masukkan telur jika anda ingin makan bersama telur dan siap.
Ini Niess dah ganti kuali kecil sebab nak masukkan telur. Kalau masuk dalam bekas kuah tadi tak jadi lah telur separuh masak. Tak nampak, tenggelam. Silap hari bulan termasak tanpa sengaja telurnya. Kita nak half cook baru lah sedap pic.twitter.com/JfuR1CAET7
— Niesh Noshh (@anisaniesa) April 8, 2020
Mudah sahaja rupanya cara ingin buat Yee Mee Sizzling ini. Jika teringin nak nikmati Yee Mee Sizzling saat ini bolehlah cuba buat sendiri di rumah.
Sumber rujukan : thevocket.com