Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Lompat Tikam Terengganu Yang Super Mudah. Sedap Pula Tu!

Cara Buat Kuih Lompat Tikam Terengganu Yang Super Mudah. Sedap Pula Tu!

Kategori:
kuih lompat tikam

Kuih Lompat Tikam merupakan antara kuih tradisional Melayu yang sangat popular dalam kalangan penduduk yang tinggal di pantai timur. Mempunyai dua lapisan dan dimakan bersama-sama dengan air gula melaka, rasanya sangat enak dan menyelerakan. Di bahagian bawah kuih ini mempunyai rasa pandan manakala bahagian atas pula rasa sangat berlemak.

Selain dimakan pada hari biasa, kuih ini juga menjadi menu wajib buka puasa atau moreh bagi penduduk di Pantai Timur. Kalau anda semua malas dan rasa yang dijual di luar kurang memuaskan, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Caranya sangatlah mudah namun hasilnya memang puaskan hati ramai orang.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Muliadi Ramli di bawah ini. Kelihatan sangat menggiurkan!

Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan A (Lapisan Hijau)

  • 6 helai daun pandan (dikisar dengan 200ml air dan diambil jusnya)
  • 100gram tepung beras
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 sb perisa pandan
  • 2 sb air kapur
  • 1 sk garam
  • 200ml air

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  2. Kacau rata, jangan bagi berketul kemudian masak atas api sederhana. Apabila pekat kecilkan api.
  3. Masak sehinngga tepung meletup-letup dan nampak licin dan likat.
  4. Apabila betul-betul likat tutup api.
  5. Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
  6. Biarkan sejuk.

Bahan B (Lapisan Putih)

  • 400ml air
  • 2 helai daun pandann
  • 1 sk garam
  • 100gram tepung beras

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan gaul rata.
  2. Kemudian baru hidupkan api sederhana, masak hingga likat dan warna jadi berkilat serta meletup-letup.
  3. Apabila dah masak letakkan atas lapisan hijau, tekan-tekan bagi mampat sikit.
  4. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 40 minit.

Bahagian C (Air Nisang/Gula Melaka)

  • 400ml airr
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 kerek besar nisang/gula melaka (kalau suka manis letak lebih)
  • 3 sb gula merah

Cara Penyediaan:

  1. Masak semua bahan hingga semuanya larut. Tapiskan air nisang dan masukkan dalam satu bekas.
  2. Keluarkan kuih lompat tikam kita yang sudah keras tadi dan potong.
  3. Letakkan dalam pinggan dan masukkan air nisang.
  4. Siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Lompat Tikam ini? Kalau ikut betul-betul resepi ini pasti sedap dan menjadi. Memang langsung tidak rugi tau kalau cuba buat ni. Kalau nak buat jualan di bulan puasa nanti pun boleh tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ramli

Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Milo Guna Air Fryer, Mudah & Sangat Menyelerakan. Tak Cukup Sebiji!

tags: |