Hai semua, tak teringin ke nak buat Spaghetti Carbonara yang paling lazat? Saya ada resepi yang paling istimewa untuk anda membuatnya kerana Spaghetti Carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging. Justeru, ianya lebih nikmat dan sangat sesuai dihidangkan untuk makan bersama rakan ataupun keluarga anda.

Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi rahsia spaghetti carbonara yang sangat sedap sehingga menjilat pinggan gitu. Resepi ini menggunakan sos mushroom keluaran Prego.

Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan

  • 1 sudu kecil perencah MAGGI® CukupRasa™
  • 100g sosej dan ayam (dihiris)
  • 100g spaghetti
  • 50ml krim masakan
  • 30g bawang besar
  • 30g bawang putih
  • 2 sudu kecil minyak

Cara-cara membuat Spagheti Carbonara

  1. Rebus spaghetti di dalam periuk mengikut masa di belakang paket spageti.
  2. Bila spagheti telah lembut, toskan dan hidangkan dalam mangkuk. Selepas itu tambahkan 2 sudu kecil minyak dan kacau lagi.
  3. Bila spaghetti telah lembut, toskan dan hidangkan dalam mangkuk. Selepas itu tambahkan 2 sudu kecil minyak dan kacau lagi
  4. Kemudian, masukkan sosej ayam dan biarkan ia masak.
  5. Masukkan spagheti yang telah direbus dan gaulkan di dalam kuali.
  6. Kemudian masukkan krim masakan dan perencah MAGGI® CukupRasa™ dan biarkan ia masak seketika.
  7. Kacau dan siap untuk dinikmati!

Jadi itu sahajalah resepi Spaghetti Carbonara yang paling best, semoga bermanfaat!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 700 times!)