Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resipinya..

Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resipinya..

Kategori:
spaghetti goreng pedas

Makanan western seperti spaghetti seringkali menjadi pilihan setiap kali bosan makan nasi. Tapi buat sesetengah orang, spaghetti gaya western tidak sesuai dengan tekak mereka. Jom ikuti resepi spaghetti goreng pedas perkongsian oleh Nora Azni. Resepi ini sesuai untuk mereka yang ‘tekak melayu kerana telah diolah supaya sesuai dengan selera rakyat Malaysia.

Spaghetti Goreng Pedas Yang Sesuai Untuk ‘Tekak Melayu’, Wanita Ini Kongsi Resipinya

Bahan-bahan:

  • Sebungkus spaghetti ( mama guna kimball )
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes ( guna yang dominos punye pon boleh)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil (brand ape pon boleh, janji untuk masak)
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Cara-cara:

  1. Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti. Kacau-kacau supaya mudah masak.
  2. Sementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil, tumiskan bawang putih.
  3. Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling ( Kacau-kacau jangan bagi hangit)
  4. Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  5. Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas.
  6. Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  7. Last sekali masukkan tomato dan sedikit pepper (mama guna pepper ajishio brand ajinomoto tu lagi sedap)
  8. Kacau-kacau supaya semua sebati.
  9. Siap!
  10. Resepi ini tak letak garam sebab dah cukup masin.

Kredit: Nora Azni

Baca Juga: Resepi Spaghetti Aglio Olio Yang Mudah & Sedap

tags: |