Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

4 Aneka Resepi Spaghetti Carbonara Yang Wajib Dicuba

amirahnajwa by amirahnajwa
April 2, 2019
in Resepi
3 min read
0 0
0
Resepi Spaghetti Carbonara
1
SHARES
397
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jom cuba 4 aneka resepi spaghetti carbonara di bawah. Resepi ini sangat lazat dan sangat sesuai dihidangkan untuk makan bersama rakan ataupun seisi keluarga anda.

BacaJuga

Ini Dia Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda!

Ini Dia Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda!

Jun 16, 2022
574
SPAGHETTI

“Struggle Betul Hidup..”, Harga 1 Pek Spaghetti Cecah RM7 Di Pasaraya, Wanita Ini Rasa Susah

Jun 2, 2022
2.4k

1. Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan:

  • Susu full cream
  • Cheese slices
  • Olive oil
  • Mix herb
  • Blackpapper
  • Lof chicken
  • Daging kisar
  • Udang
  • Sosej
  • Bawang putih, holland (cincang)
  • Cili padi
  • Brokoli (rebus)
  • Carrot
  • Mushroom
  • Garam
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara:

  1. Panaskan olive oil. Tumis bawang dan cili.
  2. Apabila dah naik bau, masukkan semua lauk-lauk tadi dan mushroom serta carrot.
  3. Bila lauk dah masak. Masukkan pula susu & mix herb & blackpepper. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan brokoli dan letak cheese slices dan garam secukup rasa.
  5. Air tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah dan last skali masukkan spaghetti.
  6. Gaulkan sekejap dan angkat. Siap untuk disediakan.

2. Spaghetti Carbonara Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar buttercup
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cendawan butang
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

Cara Memasak:

  1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang.
  3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
  4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
  5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
  6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
  7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

3. Resepi Spaghetti Carbonara Cheese

Bahan-bahan:

  • 2paket spaghetti (rebus masuk sedikit garam masak toskan lumurkan minyak zaitun supaya tidak melekat, simpan 2 gelas air rebusan utk kuah)
  • 2 keping dada ayam potong ikut suka
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan butang potong
  • 1 biji cili capsicum potong
  • 3 keping cheese slice
  • 2 ketul kuib ayam
  • 1 liter susu atau 1 tin susu sejat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh oregano
  • 2 helai daun bay (optional)
  • 3 sudu tepung gandum
  • Bahan utk menumis
  • 1 labu bawang holland potong kiub
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali masuk butter dan minyak zaitun goreng ayam dan sosej angkat ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dah naik bau, masukkan bawang holland.
  3. Kemudian masuk tepung gandum kacau supaya tidak bergentel. Kalau minyak kurang, tambah minyak zaitun.
  4. Masukkan serbuk lada hitam oregano dan daun bay. Kemudian tambah 1 gelas air kacau rata.
  5. Masuk ayam dan sosej serta air rebusan spaghetti tadi dan cili capsicum cendawan dan susu.
  6. Masuk kiub ayam perasakan dengan garam gula secukup rasa. Kacau rata ikut kepekatan yang kita suka akhir sekali masuk cheese slice. Siap!

4. Spaghetti Carbonara Original Itali

Bahan-bahan:

  • Spaghetti (saya guna Angel Hair type) – 160g
  • Beef Streaky – 80g
  • Kuning telur – 2 biji
  • Parmesan cheese – 60g
  • Garam dan Lada Hitam untuk rasa.

Cara menyediakan:

  1. Rebus spaghetti didalam periuk air yg ditambah setengah sudu garam.
  2. Sementara itu, potong beef streaky kepada kepingan kecil dan masak didalam pan bersaiz besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga keperangan.
  3. Pukul 2 biji kuning telur bersama keju Parmesan dan tambah kan 2 sudu air mendidih(air pasta). Tambahkan lada hitam yang ditumbuk halus.
  4. Apabila pasta telah masak (al dente) , toskan dan masuk kan kedalam pan yang sedang memasak beef streaky tadi. Tutup api dan tambah kan telur yang dipukul bersama parmesan cheese tadi dan kacau. Tambahkan sedikit air pasta untuk lebih berkrim.
  5. Kacau seketika dan hidangkan. Taburkan dengan keju parmesan & lada hitam.
  6. Hidangkan ketika panas.
3/5 (8 Reviews)
Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
download udemy paid course for free
download samsung firmware
Tags: pastaspaghettispaghetti carbonara
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
8
Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!
Resepi

Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Julai 1, 2022
329
sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
66
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist