Resepi Siakap Sweet Sour Ala Thai Special

Ikan siakap, hidangan yang agak terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Banyak resepi boleh digunakan untuk memasaknya. Hari ini kami kongsikan resepi siakap sweet sour ala thai.

 

Bahan cincang halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Sedikit minyak, untuk menumis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Nenas
  • Sedikit air
  • Bawang besar
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Cili merah, untuk hiasan

Bahan-bahan untuk ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar tepung jagung

Cara-cara menyediakan kuah sweet sour:

  • Cincang halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Potong tomato, bawang besar dan nenas.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di cincang sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato dan tambahkan sos tiram, sos cili dan sos ikan.
  • Kacau sehingga kuah menjadi pekat.

Cara-cara menyediakan ikan:

  • Bersihkan ikan.
  • Lumurkan dengan garam dan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing

Selamat Mencuba! 🙂

Untuk maklumat lebih lanjut sila tonton video dibawah.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)