Bila dengar perkataan lembu, semua orang akan memberi reaksi yang geli. Tidak ramai yang mahu mencuba otak lembu, sedangkan rasanya tidak seperti apa yang mereka fikirkan. Tidak banyak resepi yang orang cipta untuk otak lembu, yang biasa didengar ialah Gulai Otak Lembu. Lain pula resepi yang akan dikongsikan hari ini, iaitu Otak Lembu Masak Kicap.
Lauk ini kalau dimakan bersama nasi panas, semestinya akan terangkat dan ingin tambah nasi lagi.
Wanita Ini Kongsi Resipi Otak Lembu Masak Kicap, Hidangan Unik Tapi Sangat Sedap Dimakan!
Menerusi perkongsian nikfarahaina, resepinya sangat mudah dan senang untuk siapakan seperti ayam masak kicap.
Bahan Perap
- Garam
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Halia
- Lada Hitam
Bahan Tumis
- 7 ulas bawang merah (dimayam)
- 2 ulas bawang putih (dimayam)
- 1 sudu cili boh
- Air asam jawa
- Kicap manis
- Air kosong
- Ajinomoto
- Garam
- Bawang besar
- Cili Hijau
Cara Penyediaan:
- Cuci dengan bersih otak lembu yang ingin dimasak sehingga hilang bau hanyir dan darah.
- Kemudian rebus otak lembu tersebut dengan sedikit garam.
- Apabila selesai merebus, toskan.
3. Kemudian bahan perapan iaitu 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
4. Masukkan sedikit garam dan gaulkan.
5. Masukkan semua bahan perapan ke dalam otak lembu
6. Gaul otak lembu dan perap selama 5 minit.
7. Masukkan minyak dengan kuantiti banyak dan panaskan.
8. Goreng sehingga garing.
9. Kemudian untuk bahan untuk tumis, 7 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih yang telah dimayam.
10. Masukkan kedalam kuali dengan minyak yang telah dipanaskan.
11. Kemudian, sesudah garing. Masukkan 1 sudu cili boh, sedikit air asam jawa, kicap manis, garam dan ajinamoto.
12. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili hijau.
13. Akhir sekali, masukkan otak lembu yang telah digoreng.
@nikfarahaina Resepi Otak Lembu Masak Kicap #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #resepimudah #resepitiktok
@nikfarahainaResepi Otak Lembu Masak Kicap #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #resepimudah #resepitiktok♬ original sound – Fara Aina
Dah siap otak lembu masak kicap. Mudah bukan? Siapa kata susah, rasa pon sedap. Bagi yang tidak pernah mencuba otak lembu, anda boleh ikut resepi ini. Percayalah, sedap hingga terangkat.
Kredit: nikfarahaina
Baca Juga: Resepi Sup Lidah Lembu Ala Thai, Rasanya Perggggggh Sedap Sangat! Sekali Cuba Sampai Bila Teringat