Setiap orang mempunyai keinginan untuk memelihara haiwan peliharaan kerana mungkin rumah tidak akan kebosanan dengan telatah mereka. Namun, tak semua haiwan boleh dijadikan sebagai haiwan bermanja seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.
Sekumpulan lelaki sedang memakan rojak buah, namun netizen dihadiahkan ‘jumpscare’ apabila seekor lembu makan rojak buah juga. Boleh tercirit ia kalau makan pedas-pedas.
“Tak Pepasal Cirit Si Lembu” – Siapa Sangka Lembu Makan Rojak Buah, Siap Kena Suap! Biasalah, Ia Pun Nak Bermanja Macam Kucing
Khaimizzzz merupakan salah seorang pemuda yang sedang menikmati rojak buah tapi dihadirkan dengan satu identiti yang comel. Mungkin tak semua anggap benda ini comel, namun telatahnya itu membuatkan netizen terkejut dan mencuit hati.
Seekor lembu makan rojak buah yang disuap oleh salah seorang sekumpulan lelaki tersebut. Boleh pula ia cuba bermanja sesama mereka.
Apa yang lagi melucukan adalah beliau siap suap lagi ke mulut lembu itu.
Harap lembu ini tak tercirit lah esok pagi, pedas sangat tu nampak gayanya.
@khaimizzzz sama geli😂😂😂kito nyo manjo #lembu #spontan #colekpelamnisang #colekpelam
♬ original sound – Upin & Ipin Official – Upin & Ipin Official
@khaimizzzz sama geli😂😂😂kito nyo manjo #lembu #spontan #colekpelamnisang #colekpelam ♬ original sound – Upin & Ipin Official
Sakan Lembu Pun Mencicah
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet terhibur kerana cara mereka melayan lembu tersebut. Boleh pula mereka terfikir untuk layan sebegitu rupa kepada haiwan tersebut.
Pengajaran yang boleh diambil dari video ini adalah berbuat baiklah dengan semua makhluk di atas bumi ini dan ianya tidak rugi langsung. Mereka juga makhluk ciptaan Tuhan dan semestinya memerlukan layanan yang baik.
Kredit: Khaimizzzz