Cookies ini dikatakan sedang meletup-letup dipasaran. Dengar kata sedap sangat dan harganya juga ya ampun …. Mahal yang amat!

Resepi ini mahal kerana menggunakan Nutella sebagai intinya. Doh yang menggunakan serbuk almond juga mahal. Kalau guna Walnut dan Hazelnut, lagi lah mahal. Okay jom kita tengok resepinya. Semoga bermanfaat !

Bahan-bahan

  • 380 gram tepung gandum (2 ¾ cawan)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh baking powder
  • 50 gram serbuk Walnut/Hazelnut atau Almond
  • 250 gram mentega (1 cawan)
  • 220 gram gula kaster (1 ¼ cawan)
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol Nutella
  • Acuan muffin kecil –di gris

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan dengan serbuk walnut.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga rata.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  4. Bulatkan doh sebesar ibu jari (15gram), tekan ke dalam acuan.
  5. Bakar suhu 170’C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah ditekan.
  7. Bakar semula selama 5 minit jika mahukan kulit podnya lebih garing.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di pipe Nutella di tengahnya. Hias mengikut citarasa anda.

Untuk rujukan anda boleh rujuk video dibawah. Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 179 times!)