Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Nutella Pod Viral ‘Paling Mudah’, Buat Sendiri Lagi Jimat Dari Beli!

Resepi Nutella Pod Viral ‘Paling Mudah’, Buat Sendiri Lagi Jimat Dari Beli!

Kategori: ,
Nutella pod

Nutella Pod ini pernah meletup-letup di pasaran dan permintaannya juga masih tinggi pada masa sekarang. Rasanya sangat sedap, tapi harganya boleh tahan mahal juga. Kalau buat sendiri, boleh jimat banyak. Nak tahu caranya? Lihat resepi di bawah.

Resepi Nutella Pod Viral ‘Paling Mudah’, Buat Sendiri Lagi Jimat Dari Beli!

Bahan-bahan:

  • 380 gram tepung gandum (2 ¾ cawan)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh baking powder
  • 50 gram serbuk Walnut/Hazelnut atau Almond
  • 250 gram mentega (1 cawan)
  • 220 gram gula kaster (1 ¼ cawan)
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol Nutella
  • Acuan muffin kecil –di gris

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan dengan serbuk walnut.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga rata.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  4. Bulatkan doh sebesar ibu jari (15gram), tekan ke dalam acuan.
  5. Bakar suhu 170’C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah ditekan.
  7. Bakar semula selama 5 minit jika mahukan kulit podnya lebih garing.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di pipe Nutella di tengahnya. Hias mengikut citarasa anda.

Untuk rujukan anda boleh rujuk video dibawah. Selamat mencuba!

tags: | | | |