Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Warna Pink Menawan Hati & Unik, Ini Dia Resipi Tart Strawberi Homemade Yang Sangat Sedap!

Warna Pink Menawan Hati & Unik, Ini Dia Resipi Tart Strawberi Homemade Yang Sangat Sedap!

Kategori: ,
TART STRAWBERI

Meskipun musim perayaan sudah berlalu, aneka biskut Raya sering diingati orang ramai, terutamanya tart nenas. Antara biskut kegemaran orang ramai, ia enak dinikmati pada bila-bila masa.

Namun tahukah anda terdapat banyak lagi jenis tart yang menarik dan sedap untuk dicuba? Antaranya adalah tart strawberi homemade ini. Jika teringin untuk cuba, di sini kami ingin berkongsi resepi yang telah diolah oleh Wan Atirah WM di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Warna Pink Menawan Hati & Unik, Ini Dia Resipi Tart Strawberi Homemade Yang Sangat Sedap!

Bahan-bahan

  • 250 gm butter – guna jenama ini
  • 1/2 sudu besar Emulco Strawberry
  • 2 sudu kecil pewarna makanan pink
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 3 cawan atau lebih sikit tepung gandum
  • Inti strawberry – dapatkan di sini

Cara penyediaan

  1. Letakkan butter, emulco strawberry, pewarna makanan pink dan minyak sapi. Kacau sehingga sebati. Ketepikan. TART STRAWBERI
  2. Ayakkan tepung jagung dan tepung gandum terlebih dahulu, kemudian tambahkan kuning telur, tepung jagung, susu tepung, tepung gandum. Gaul dan uli sehingga sebati. TART STRAWBERI TART STRAWBERI
  3. Bentukkan kulit tart ikut suka.
  4. Letakkan inti strawberry ditengah atau diatas kulit tart tersebut sehingga kelihatan kemas. TART STRAWBERI
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit. Pastikan anda memanaskan oven terlebih dahulu.
  6. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dinikmati. TART STRAWBERI

Mudah sahaja untuk menyediakan tart strawberi ini. Bagi penggemar tart nenas yang ingin mencuba sesuatu yang baharu, bolehlah cuba resepi ini. Confirm sedap!

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Wan Atirah WM di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Dia Resepi Kek Pisang Yang Super Moist Dan Sedap, Satu Slice Dijamin Tak Cukup!

tags: | |