Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Viral Video Biskut Sarang Semut Raya 2024, Ramai Pelik & Teruja Dengan Cara Pembuatan Ini

Viral Video Biskut Sarang Semut Raya 2024, Ramai Pelik & Teruja Dengan Cara Pembuatan Ini

Kategori:
Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu.

Biasanya, tekstur tepung kuning  yang disagat dan dicantumkan menjadikan ia seperti sarang semut. Tetapi lain pula dengan pembuatan Biskut Sarang Semut yang tular baru-baru ini.

Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok bernama Manisah yang memaparkan cara pembuatan kuih raya, Biskut Sarang Semut pada tahun 2024 memukau orang ramai.

Viral Video Biskut Sarang Semut Raya 2024, Ramai Pelik & Teruja Dengan Cara Pembuatan IniBiskut Sarang Semut

Menerusi video berkenaan, setiap biskut berkenaan diletakkan semut ke atasnya sebagai toping sebelum dibakar. Topping semut berkenaan kelihatan seperti semut hidup yang telah dikeringkan.

@anakbongsu1992 selamat hari raya #biskutsarangsemut #kuihraya #maafzahirdanbatin #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Mr.SyazONE

Melihat kepada komen netizen, ramai yang terpegun, terkejut dan meluahkan tanda tanya yang bertubi-tubi. Tidak terkecuali, ada yang berasa lucu dengan tekstur biskut berkenaan.

“Yes, ni lah biskut sarang semut yang sebenar. Tak sabar nak tengok kuih badak berendam pulak”, kata seorang netizen.

“The real kuih sarang semut”, tulis netizen lain dengan emoji ketawa.

“The Real Biskut Sarang Semut”

Setelah dilihat lanjut, video berkenaan merupakan video dari seorang pempengaruh luar negara, farmlore.in yang sentiasa berkongsi makanan tradisi. Mungkin ada cerita di sebalik pembikinan biskut berkenaan.

Aduh, Min pun tak tahu kejadian sebenar biskut ni. Rasa menarik pula nak cuba! Apa-apa pun, untuk resipi biskut raya tahun depan, korang dah boleh tengok di portal Daily Makan okay.

Sumber: farmlore.in / Manisah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

tags: |