Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

Kategori: ,
Mini Makaroni Bakar

Kalau bosan dengan hidangan Makaroni dalam tray, bolehlah cuba buat resipi Mini Makaroni Bakar ini pula.

Resipi perkongsian Nuralia Idayu ini memang ada kelainan. Selain senang nak makan, ia nampak comel dan unik!

Katanya, ramai yang minta dia kongsikan resipi ini buat kawan-kawan yang ingin masak untuk majlis atau jamuan mana-mana, misalnya.

Jadi tunggu apa lagi, jom ikuti perkongsian resipi Mini Makaroni Bakar ini bersama.

Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang LainMini Makaroni Bakar

Bahan-Bahan:

  • 1 pek makaroni 400 gram – saya guna brand Kimball
  • 1 tin sos Prego – tradisional
  • 1 tin sos Prego – cendawan
  • 3-4 ketul cendawan butang – potong dadu
  • ayam cincang Ramly – nak guna daging cincang pun boleh, atas pilihan sendiri
  • sosej – potong dadu
  • bawang besar 1 labu – cincang
  • serbuk oregano/parsley
  • telur – 4-5 biji
  • cheese slice – brand apa pun tak kissah
  • nak tambah mozarella cheese untuk topping pun boleh
  • cup saiz kecil

Cara Penyediaan:

  1. Rebus makaroni sampai lembit. Boleh letak garam 1 sudu dan minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti memasak. Dah lembut, toskan.
  2. Tumiskan bawang sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak. Letakkan sosej dan cendawan.
  4. Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sedikit je. Letak garam gula secukup rasa.
  5. Gaulkan makaroni sampai sebati. Matikan api.
  6. Letak makaroni dalam bekas asing sebab nak gaul telur.
  7. Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil. Letak cheese slice & mozarella. Tabur sedikit serbuk parsley.
  8. Bakar suhu 170 darjah celcius. 30 minit, siap!Mini Makaroni Bakar Mini Makaroni Bakar Mini Makaroni Bakar

Dah siap kita punya Mini Makaroni Bakar ni. Memang lain dari yang lain kan? Bolehlah buat untuk jamuan atau mana-mana majlis. Gerenti laku keras!

Ni idea potluck untuk korang tau! Selamat mencuba dan menikmati semuanya!

Sumber: Nuralia Idayu

Baca juga: Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

tags: | |