Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 1 Doh Boleh Buat 4 Jenis Kuih. Pau Goreng, Donat, Bomboloni & Burger Malaysia!

1 Doh Boleh Buat 4 Jenis Kuih. Pau Goreng, Donat, Bomboloni & Burger Malaysia!

Kategori:
4 Jenis Kuih

Pasti ramai penggemar kuih seperti bomboloni, burger malaysia, donut dan pau goreng. Namun, jika nak buat sendiri pasti ramai yang menganggap ianya suatu hal yang leceh kerana perlu buat satu demi satu. Rupanya, ada cara mudah untuk buat 4 jenis kuih ini dengan hanya menggunakan 1 doh. Biar betul? Ya betul, 1 doh boleh buat 4 jenis kuih. Lihat resepi lengkap di bawah.

1 Doh Boleh Buat 4 Jenis Kuih. Pau Goreng, Donat, Bomboloni & Burger Malaysia!

Bahan-bahan doh:

  • Tepung gandum 500g
  • Telur 1biji
  • Marjerin 2 sudu makan
  • Garam 1sudu kfc
  • Gula 2 sudu makan
  • Yis/Mauripan kering 1pek (11g)
  • Bread improver 1 sudu teh
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Susu pekat 2 sudu makan
  • Air suam 260ml

Cara-cara:

  1. Satukan air suam, gula, susu dan yis. Kacau sebati dan biarkan dalam 10-15 minit.
  2. Tepung, garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
  3. Masukkan 1 biji telur dan gaul.
  4. Masukkan air dalam tepung tadi, masuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil sedikit minyak masak dan letak pada tangan. Kemudian ulikan doh.
  6. Rehatkan dalam setengah jam, gunakan bekas besar supaya tidak melimpah apabila doh mengembang.
  7. Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk sedikit dan boleh buat mengikut bentuk yang disukai.

Kredit: Noor Hayaty

tags: