Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Warganet Kongsikan 10 Jenama Mee Segera Underrated Tapi Super Sedap, Rasanya Boleh Buat Orang Teringat!

Warganet Kongsikan 10 Jenama Mee Segera Underrated Tapi Super Sedap, Rasanya Boleh Buat Orang Teringat!

Kategori: ,

Mee segera dengan rakyat Malaysia memang sukar untuk dipisahkan. Bukan setakat menjadi peneman bila gaji makin berkurangan, malah rasanya yang sedap buatkan ramai ketagih untuk nikmatinya tak kira siang atau malam!

Menerusi hantaran dari GAGS Malaysia di Facebook, ramai netizen yang berkongsikan jenama mee segera underrated kegemaran mereka. Banyak rupanya jenama yang tak ramai orang tahu tapi rasanya super sedap dan padu habis!

Kebanyakannya perisa yang ditawarkan juga memang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia!

Jom kita tengok jenama mee segera yang jadi kegemaran warganet!

10 Jenama Mee Segera Underrated Tapi Teramatlah Sedap!

1. Saji

Popular sebagai jenama minyak masak, mungkin ada yang belum tahu yang Saji juga ada keluarkan produk mee segera dengan citarasa rakyat Malaysia.

Antara perisa kegemaran netizen adalah Mi Sup Kari, Mi Sup Soto Asli dan Mi Goreng Saji.

Mi Sup Soto Asli dikatakan memang cukup padu bila dimakan dengan cili potong manakala mi gorengnya boleh kalahkan kesedapan Mee Sedap!

Mee Segera Underrated

2. Vit’s

Salah satu jenama mee segera underrated tapi sedap untuk dinikmati adalah Vit’s. Antara perisa yang disyorkan warganet adalah Mi goreng Aglio dengan minyak zaitun asli, Mee Segera Perisa Ayam dan Vit’s Instant Bihun Crab. Rugi tak cuba!

3. Lee Fah

Mee segera yang popular di Sarawak ini pun memang ramai penggemarnya. Perisanya juga cukup unik dan menarik untuk dicuba seperti Abalone and Chicken Flavour, Mushroom dan Kari.

4. Lotus’s

Sejak-sejak ini, mee segera Lotus semakin tular di media sosial lebih-lebih lagi yang berperisa Tomyum Kung. Katanya, rasa mee segera tomyam dari Lotus ni cukup asli dan berbeza daripada mee segera lain.

Selain mee tomyam yang sedang viral sekarang, ada juga netizen yang syorkan mee segera perisa kari yang sedap dan berkuah pekat dari Lotus!

5. Ibumie

Ramai netizen yang mengesyorkan jenama mee segera ni. Kata netizen, rasanya cukup padu dan kena dengan tekak rakyat Malaysia. Antara perisa yang jadi kegemaran warganet adalah Mi Perisa Udang dan Penang White Curry Mee.

6. Ruski

Kebanyakan warganet juga cukup sukakan keenakan rasa mee segera Ruski yang legend ni.

Menurut mereka, mee segera Ruski tak cepat kembang walaupun direndam lama dan rasa kuahnya memang bikin syahdu!

Antara mee segera Ruski yang menjadi pilihan nombor satu warganet adalah Perisa Tom Yam Kaw.

Mee Segera Underrated

7. AgroMas

Walaupun agak susah untuk dijumpai di pasaran, ramai yang turut mengesyorkan mee segera jenama AgroMas yang dijamin sedap!

Bagi anda yang pertama kali nak try mee segera underrated ni, cubalah Mi Kari Putih yang lengkap dengan santan dan mee Bandung yang sedap tak terkata!

Mee Segera Underrated

8. Serda

Popular sebagai mee segera yang sering digunakan untuk buat kerabu maggi, ramai yang mengesyorkan mee segera Serda dengan citarasa asli Thailand.

Antara perisa yang menjadi pilihan warganet adalah Tomyum Shrimp dan Clear Soup Flavour (Bihun),  Kalau anda nak beli di Shopee, pastikan ada cop halal, ya!

Mee Segera Underrated

9. PAMA

PAMA juga adalah satu lagi jenama legend yang menawarkan mee segera unik berasaskan bihun dan kue tiaw.

Kata netizen, bila pekena semangkuk mee PAMA, terus baik segala demam dan selsema. Rasanya pula makin sedap bila ditambah dengan perahan limau dan cili potong.

Mee Segera Underrated

10. Mi Sedaap Korean Spicy Soup

Untuk anda yang gemarkan mee segera dengan rasa Korea, cubalah jenama Mi Sedaap Korean Spicy Soup.

Bukan saja harganya lebih murah, malah rasanya juga boleh tahan sedap setara jika dibandingkan dengan mee segera dari Korea.

Rasa pedasnya juga tak terlalu menyengat macam Samyang, tapi tetap sedap! Lebih padu bila ditambah dengan sekeping keju!

Kalau anda sukakan mee segera style kering atau ala mee goreng, anda boleh cuba Korean Spicy Chicken Mi Goreng.

Mee Segera Underrated

Tak sangka ada banyak mee segera underrated yang boleh dicuba. Yang penting, jenama yang disenaraikan ni semuanya dijamin halal dan sedap.

Memang rugi kalau tak cuba sendiri. Tak dinafikan sesetengah jenama ni memang susah nak jumpa di pasaran, kalau ada pun mungkin di kedai BFM dan seangkatan dengannya.

Kalau teringin nak cuba, anda boleh try cari di Shopee. Pastikan anda beli dengan penjual yang boleh dipercayai, ya! Selamat mencuba!

tags: