Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Koleksi Resipi Kek Azlina Ina, Sesuai Untuk Buat Jualan Atau Makan Sendiri

10 Koleksi Resipi Kek Azlina Ina, Sesuai Untuk Buat Jualan Atau Makan Sendiri

Kategori: ,

1. Resipi Indulgence Box

Bahan A:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus (200g-220g)
  • 2 sb ovalate
  • Sedikit emolco coklat

Bahan B (Ayak):

  • 2 cawan tepung gandum (220g)
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan C:

  • 1 cawan susu pekat (265g)
  • 1 cawan minyak masak (200g)
  • 1/2 cawan air panas (100g)

Cara-cara:

  1. Satukan bahan A dan pukul sehingga gebu.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
  3. Perlahan mixer, masukkan bahan B yang sudah diayak dan air panas berselang seli. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas sq 450, kukus selama 15 minit menggunakan api besar.
  5. Sementara tunggu kek sejuk, kita buat krim dia dulu.

Bahan Coklat Ganache:

  • 1 kg coklat blok beryls dark compound
  • 1 kotak whipping cream dairy (1 liter)
  • 2 sb butter

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat dalam pengukus atau oven.
  2. Bila coklat dah lembut, kacau guna whisk. Biarkan sehingga dia jadi agak pekat di suhu bilik.

Bahan Cream Cheese:

  • 500g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 kotak whiping cream non dairy
  • 4 sb gelatin + 1/2 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Mix cream cheese sampai sebati. Masukkan 1/2 kotak whipping cream. Pukul sehingga gebu.
  2. Dalam mangkuk lain, cairkan gelatin bersama air panas.
  3. Masukkan separuh ke dalam campuran cream cheese dan whipping cream tadi. Masukkan separuh lagi ke dalam coklat ganache tadi.
  4. Bahagikan campuran cream cheese dan whipping cream tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian letakkan 3sb coklat ganache, 3sb nutella dan emolco coklat. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan sebegitu.

Cara lengkap:

  1. Belah kek yang sudah sejuk tadi kepada 2 bahagian. Letakkan kembali 1 bahagian kek ke dalam bekas.
  2. Kemudian tuangkan cream coklat, kemudian lapikkan dengan kek yang lagi satu. Letakkan cream putih pula.
  3. Sejukkan dulu, baru tuangkan coklat ganache.
  4. Taburkan hiasan seperti rice coklat.
  5. Siap.

2. Resipi Kek Majerin Lemak Manis

Bahan-bahan:

  • 350g majerin pelangi
  • 1 cawan gula halus (dalam 200g)
  • 1/2 kotak kecil santan m&s
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/4 cawan atau 4 sb susu pekat (kalau suka manis tambah lagi)
  • 5 biji telur

Bahan Ayak:

  • 4 sb creamer serbuk
  • 300g tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Cara-cara:

  1. Satukan majerin, gula, susu pekat dan esen vanilla. Mix sehingga menjadi krim putih.
  2. Masukkan telur satu demi satu.
  3. Tambahkan santan berselang seli dengan bahan ayak sampai habis.
  4. Sebatikan.
  5. Lapik loyang dengan baking paper dan tuangkan adunan tadi.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 45-50 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dari loyang letak atas redai.
  8. Boleh potong dan makan.

3. Resipi Kek Sunquick Gebu

Bahan-bahan:

  • 300g margerin
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sb kordial suinquick
  • 6 biji telur
  • 300g tepung naik sendiri

Cara-cara:

  1. Satukan marjerin, gula halus dan kordial sunquick. Pukul sehingga gebu dan sebati.
  2. Bila dah gebu, masukkan telur satu persatu sehingga habis. Pukul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
  4. Akhir sekali parutkan kulit sunquick, jangan sampai terkena yang putih. Masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul-gaul.
  5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9 yang sudah dilapik baking paper.
  6. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek pada suhu 170 celcius selama 45 minit sehingga 1 jam bergantung pada oven masing-masing.

4. Resipi Kek Marble Santan

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A( suka pakai nutriplus)
  • 1 cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 kotak kecil santan kara
  • 2 cawan tepung self rising
  • 1 cawan/180g butter
  • 1 sb emulco pandan coconut
  • 1 sb pewarna hijau apple

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula, ovalate, esen vanilla, santan dan tepung naik sendiri. Mix sebati sampai gebu.
  2. Akhir sekali baru masukkan butter yang di cairkan.
  3. Kacau rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. 1 bahagian letakkan emulco pandan coconut dan 1 lagi letakkan pewarna hijau epal. Kacau kan.
  6. Lapik loyang dengan baking paper.
  7. Letak satu senduk setiap adunan. Gilir-gilir sehingga habis.
  8. Corakkan menggunakan lidi mengikut citarasa masing-masing.
  9. Panaskan oven selama 5 minit dan bakar kek selama 45-55 minit pada suhu 160 menggunakan api atas bawah. Guna rak no 2 dari bawah.
  10. Bila dah siap terbalikkan letak atas redai dan biarkan selama 1 jam baru terbalikkan semula.
  11. Masa terbalikkan tak perlu buka loyang, bila nak letak atas papan baru buka loyang.
  12. Selamat mencuba!

5. Resipi Brownies Double Coklat Chip

Bahan-bahan:

  • 170g butter (atau marjerin)
  • 400 g beryls dark coklat
  • 3 biji telur gred B
  • 170g gula perang
  • 25 g serbuk koko / 4sb
  • 100g tepung self rising / 1 cawan
  • 50g coklat chips

Cara-cara:

  1. Satukan gula perang dan telur. Pukul guna whisk.
  2. Cairkan coklat dan butter. Bila dah cair, panas-panas tu masukkan serbuk koko dan kacau guna whisk.
  3. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan gula tadi.
  4. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  5. Masukkan 50g coklat chips dalam segenggam.
  6. Lapik loyang dengan baking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  7. Tabur coklat chip. Panaskan oven selama 5 minit suhu 170 C. Kemudian turunkan suhu kepada 140-150, bakar selama 45 minit.
  8. Sentuh permukaan brownies, kalau tak lekat tanda dah masak.

6. Resipi Cheese Tart Kembong Magnum

 

tags: