Masuknya bulan Ramadhan, kurma menjadi makanan wajib yang pasti ada di setiap rumah untuk dimakan ketika berbuka mahupun bersahur. Buah kurma bagus untuk dimakan ketika bulan puasa kerana ia boleh membekalkan tenaga yang berterusan kerana kurma mengandungi glukosa, iaitu sejenis gula yang telah diproses, menjadikan tubuh boleh terus menyerap khasiatnya secara serta-merta apabila dimakan.
Oleh kerana gula membekalkan tenaga, mereka yang mengambil kurma sejurus selepas berbuka akan menjadikan diri mereka segar dan bertenaga untuk melakukan ibadah. Begitu juga ketika bersahur.
Selain itu, kurma juga kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium.
Buah kurma antara sajian yang perlu ada sewaktu bersahur atau berbuka. Kerana ianya dapat memberikan zat dan tenaga.
Rasullullah S.A.W. pernah berpesan dalam hadis yang bermaksud: “Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran.” (Riwayat Ibnu Majah).
Selain daripada menyembuhkan penyakit, madu juga dapat memberikan tenaga kepada kita ketika berpuasa.
Dengan kandungan 1 sudu madu bersamaan dengan 17 gram karbohidrat(gula) ditambah pula dengan menu sahur yang lain, pastinya ini sudah cukup untuk memberikan anda tenaga. Dengan kehadiran glukosa, madu dapat memberikan anda tenaga segera!
Glukosa sangat mudah diserap oleh badan dan inilah kenapa madu dapat memberikan tenaga dengan segera.
Manakala fruktosa pula akan diserap secara perlahan-lahan dan ini membantu memberikan anda tenaga sepanjang hari.
Bagi minuman pula, apa kata anda amalkan meminum susu kambing kerana ia mengandungi 1,001 nutrisi lengkap termasuk vitamin, mineral, protein.
Manakala lemak penting yang membantu pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter terbaik serta membekalkan tenaga yang cukup kepada otak kita.
Dengan hanya segelas susu kambing ketika bersahur, ia mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana kandungan protein yang terdapat di dalamnya. Ia juga mengandungi kalsium dan sejumlah vitamin yang diperlukan tubuh serta membantu menguatkan daya tahan tubuh ketika berpuasa.
Barley merupakan antara makanan berkhasiat tinggi dalam membantu menjadi penyejuk tubuh badan. Ia dikatakan menjadi makanan sunnah Rasulullah S.A.W kerana baginda pernah memberi sup gandum kepada orang menghidap demam.
Khasiat yang baik untuk merawat dan menjaga kesihatan tubuh badan juga tidak dapat dinafikan. Antaranya barley berpotensi merendahkan paras kolestrol, membantu proses melawaskan sisa buangan tubuh badan dan mengelakkan masalah sembelit serta risiko diabetes dapat dikurangkan dengan mengamalkan minuman barley.
Buah labu memiliki kandungan air yang sangat banyak iaitu sehingga 97%. Kandungan air yang banyak ini amat berguna untuk memastikan tubuh kita kekal hidrat sepanjang berpuasa pada siang hari.
Selain itu, labu juga dapat membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kualiti tidur serta dapat membuatkan anda berasa lebih rileks dan santai ketika berpuasa dalam tempoh yang lama.
Pengambilan buah zaitun ketika waktu sahur dapat memberikan kesan positif dalam darah kerana ia dapat meningkatkan kadar zat besi serta memastikan tenaga yang lebih konsisten selain menjadikan sistem imunisasi tubuh menjadi lebih baik.
Justeru, pengambilan buah zaitun ketika waktu sahur dapat membantu mengurangkan rasa lemah, lesu dan letih ketika berpuasa sepanjang hari.
Manfaat habatus’ sauda ialah ia mampu mengurangkan tekanan darah, merawat penyakit asma, meningkatkan daya ingatan, mengurangkan risiko kanser, merawat cirit birit dan pelbagai lagi. kebanyakan manfaat kesihatan tersebut boleh dikaitkan dengan tiga bahan kimia asli yang terkandung di dalam habatus’ sauda iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan juga thymol.
Sangat sesuai dimakan ketika bersahur kerana habatussauda ini banyak kebaikannya.
Buah Tin mengandungi kandungan serat yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C.
Buah ini sangatlah membantu anda untuk anda menjalani ibadah puasa sekiranya anda bersahur dengan buah ini.
Daging kambing sumber daging merah terbaik kerana paling rendah kandungan lemak tepu, tetapi tinggi kandungan lemak tidak tepu. Ia melancarkan pengaliran darah dan kandungan vitamin B12 di dalamnya memberi ketahanan kulit hasil tindakbalas terhadap protein yang kena cahaya matahari.
Kismis sarat akan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin sehingga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda. Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa. Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.