Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 10 Maklumat Dan Fakta Menarik Mengenai Pokok Jagung Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mendapatkan Hasil Tanaman Yang Berkualiti

10 Maklumat Dan Fakta Menarik Mengenai Pokok Jagung Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mendapatkan Hasil Tanaman Yang Berkualiti

Kategori: ,

Pokok jagung merupakan tumbuhan yang telah ditanam sejak 10 ribu tahun dahulu. Ia berasal dari Sungai Balsas, Selatan Mexico. Orang-orang Eropah telah membawa masuk pelbagai jenis jagung ke negara Eropah dan Asia pada akhir abad ke-15.

Pasti ramai antara kita yang confius, jagung ni buah-buahan atau sayur-sayuran? Sebenarnya, jagung merupakan bijirin yang kaya dengan kandungan serat, vitamin, mineral dan antioksida.

Ramai antara kita yang gemar makan jagung. Tapi tak ramai yang mahu menanam jagung tersebut dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Sekurang-kurangnya kita tahu jenis racun yang kita gunakan dalam proses penanaman. Dan yang paling penting, kita tak kecewa bila jagung yang kita beli ronggak, tak manis dan tak complain mengenai harga yang mahal, tak setanding dengan kualiti.

Walau bagaimanapun, sebelum mula menanam, kita perlu tahu dahulu tentang maklumat dan fakta menarik mengenai pokok jagung. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum kita “bercinta” dengan jagung ni, kita perlu tahu maklumatnya dahulu.

10 Maklumat Dan Fakta Menarik Mengenai Pokok Jagung

  1. Boleh ditanam dengan dua kaedah. Tanam terus (tugal) dan tanam anak yang telah disemai.
  2. Bunga jantan (tassel) berada di atas sekali dan bunga betina (ear) berada di batang (dicelah celah pelepah daun).
  3. Isi tak penuh (rongak) disebabkan oleh pendebungaan (persenyawaan) yang tidak sempurna. Selain itu, ia mungkin disebabkan berlakunya hujan pada waktu pagi dalam tempoh persenyawaan tersebut atau ditanam terlalu rapat antara pokok.
  4. Satu rerambut mewakili satu ovul. Satu ovul akan menjadi satu kernel @ biji isi jika ovul tersebut disenyawakan dengan sempurna.
  5. Pendebungaan dan persenyawaan berlaku dalam tempoh 5-8 hari. Biasanya jagung manis akan berlaku pendebungaan pada hari ke 43 – 50 hari lepas tanam bergantung pada varieti.
  6. Jagung manis, jagung sayur, jagung bijian dan jagung pop corn adalah jenis yang berbeza.
  7. Saiz tongkol @ buah dipengaruhi oleh saiz batang pokok. Jika batang pokok kecil, buah pun akan kecil.
  8. Jika 14 hari lepas tanam, pokok masih kuning disebabkan kurang baja dan sewaktu dengannya. Peluang untuk memulihkan pokok menjadi subur amat sukar dan kualiti hasilnya sangat rendah.
  9. Biasanya 1 pokok akan berbuah 1 tongkol. Ada juga yang 2-3 tongkol sepokok, namun buahnya akan kecil atau tak ada isi langsung.
  10. Tempoh matang jagung manis antara 63 – 70 hari lepas semai bergantung pada jenis (varieti) dan cuaca.

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai maklumat dan fakta menarik mengenai pokok jagung. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghasilkan tanaman jagung yang lebih baik dan berkualiti. Semoga bermanfaat!

Kredit: Azuan Abdullah

Baca juga: Ini Perbezaan Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly Yang Ramai Tidak Tahu, Rupanya Untuk Lain Kegunaan

tags: |