Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makanan ‘Bukan’ Masalah Besar Ketika Banjir Tapi Ini 10 Perkara Menyedihkan Yang Ramai Tidak Tahu!

Makanan ‘Bukan’ Masalah Besar Ketika Banjir Tapi Ini 10 Perkara Menyedihkan Yang Ramai Tidak Tahu!

Kategori: ,
10 perkara menyedihkan ketika banjir

Kejadian Covid-19 belum lagi reda, rakyat Malaysia diuji pula dengan kejadian banjir yang agak teruk untuk pertama kalinya di Selangor, Klang, Shah Alam ini agak menggerunkan. Ramai penduduk yang terjejas dan banyak kejadian yang meragut nyawa berlaku akibat banjir kali ini.

Tetapi ramai yang tidak tahu apa perkara yang terjadi dan menyedihkan bila berlaku banjir dan selepas kejadian banjir. Mungkin ramai diantara kita yang beranggapan bahawa makanan adalah salah satu masalah yang besar. Tetapi tidak sama sekali.

Menurut perkongsian Faisal Rahim di laman facebook makanan tidak menjadi masalah besar sewaktu kejadian banjir malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan. Sebab apa? Sebab semua yang datang biasanya bagi bantuan makanan. Melainkan tempat-tempat yang ada masalah transportation.

1. Semua Tandas Sudah Tidak Berfungsi

Antara masalah yang terbesar dan paling besar sewaktu banjir adalah TANDAS. Sebab semua tandas sudah tidak berfungsi. Lubang tandas dipenuhi air, tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga ditenggelami air. Sangat kasihan pada orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu, siksa dan mengerikan dengan bau dan kebersihan yang kurang menyenangkan.

2. Banyak haiwan ternakan lemas

Selain itu, penternak haiwan juga paling kasihan. Bayangkan penternak haiwan mempunyai beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ekor ayam kena pindah ke tempat lain. Tiada kandang untuk meletakan haiwan ini. Tiada makanan kerana semua rumput tenggelam. Malah dalam masa yang sama, banyak juga binatang yang lemas.

Cuba bayangkan korang ada 20 ekor lembu/kambing. Tiada kandang nak letak. Nak bagi makan apa setiap hari kalau semua rumput tenggelam? Itu belum termasuk ayam, kucing, anjing liar yang 1-2 minggu duduk atas pokok atau dekat atas bumbung rumah dan tiada siapa yang bagi makan. Ada yang mati dan ada yang kurus kering bila dijumpai.

3. Banyak pokok mati

Disebabkan banjir, banyak juga pokok mati sebab bila air bertakung, banyak pokok buah-buahan, bunga, sayur dan lain-lain akan lemas. Lebih-lebih lagi pokok durian sebab ia adalah pokok yang paling manja. Seratus peratus confirm mati bila banjir. Pokok paling tahan adalah pokok kelapa sawit. Sebulan bergenang air tiada satu pun yang mati.

4. Banyak perabot rosak

Dalam masa yang sama banyak perabot rosak dan pintu tak boleh buka. Perabot zaman sekarang llan semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kabinet dapur, almari baju, meja makan, perabot Ikea dan lain-lain akan kembang dan rosak. Bahagian yang terkena air banjir itu akan kembang dan membesar sampai 1-2 inci tau. Kemudian jadi rapuh. Kalau katil, apabila duduk terus roboh. Semua tu kena beli lain. Kalau guna kayu jenis cengal atau meranti pun kembang. Frame keliling pintu juga kembang menyebabkan semua pintu tak boleh buka dan kena ketam semula.

5. Karpet dan tikar semua perlu dibuang

Malah segala jenis karpet dan tikar semua perlu dibuang. Sebab ianya berbau busuk, rosak dan penuh lumpur. Sebab tu kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah.

6. Semua binatang dalam tanah keluar.

Bila banjir semua binatang dalam tanah keluar. Cacing banyak keluat di lantai tanah (tak timbul). Panjang-panjang semuanya bergumpal-gumpal nak cari oksigen. Takut kalau nampak. Kalau cacing tu mati baru timbul.

7. Perlu jauhi pokok.

Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, lipan, kala jengking, biawak dan lain-lain semua ada atas pokok.

8. Kejadian curi berleluasa

Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong. Sebab masa pindah Cuma bawa baju dan dokumen penting je. Lain semua tinggal kan.

9. Banyak penyakit kulit dan cirit birit

Penyakit kulit dan cirit birit sering dialami oleh mangsa banjir selama berminggu-minggu. Air banjir ini bukannya bersih walaupun banyak kuantitinya.

10. Peritnya nak bersihkan rumah pasca-banjir.

Disebabkan air banjir jadi banyak lumpur yang melekat. Lumpur ada dekat almari baju, almari pinggan dan dalam cabinet dapur dan lain-lain. Sewaktu melakukan pembersihan, tenaga yang banyak sangat diperlukan dan air yang banyak untuk membersihkan.

Kesimpulannya, bantuan banjir yang terbaik sebenarnya adalah bantuan bersihkan rumah. Ramai orang tua yang duduk sendiri dan tidak mampu untuk bersihkan lumpur dalam rumah. Macam mana nak tidur kalau tilam berlumpur, dapur berlumpur dan tandas berlumpur. Selain padaa itu, bantuan kewangan juga sangat diperlukan kerana semua perabot musnah dan perlu beli yang baru. Bantuan ini terbaik berbanding korang bagi beras, sardin dan tepung yang sampai 3 hingga 4 bulan tak habis-habis.

Sumber: Faisal Rahim

Baca juga: 15 Makanan Wajib Ada Sewaktu Perintah Berkurung

tags: | |