Raya korban bakal tiba tidak lama lagi. Anda masih mencari resepi daging yang sedap dan mudah untuk dibuat selain dari sup daging? Jangan lupa ikuti perkongsian 10 resepi daging di bawah. Memang tak akan mengecewakan.
1. Daging Bakar Harimau Menangis
Bahan perapan:
- Basuh bersih 500 gram daging.
- Perapkan dengan bahan di bawah: (Kuantiti agak-agak sahaja)
– 1 senduk kecil sos blackpepper
– 1 senduk kecil kicap lemak manis
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar kicap pekat
– 1 sudu kecil lada hitam kisar
– secubit dua serbuk kunyit
– sedikit perencah secukup rasa
- Tambahkan bahan tumbuk:
– sebatang serai
– sehiris nipis halia
– seulas bawang putih.
- Gaul mesra kesemuanya. Perapkan selama setengah jam.
- Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
- Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. *baki sos perapan tadi jangan dibuang*
- Daging yang dibakar jangan terlebih masak. Sebab nanti rasa daging kering. Nak tahu masak ke tak, hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah.
- Sebelum diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika.
- Hirislah daging nipis-nipis.
Bahan sambal pencicah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse
– 4 sudu besar sos ikan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2. Kerutuk Hati Dan Daging
Bahan kisar:
– 4 biji bawang merah saiz syiling 50sen lama
– 1 ulas kecil bawangputih
– 3 hiris bulat serai
– sehiris nipis halia
– sehiris nipis lengkuas
– 1/2 sudu kecil jintan putih
– 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
Cara-cara:
- Panaskan minyak secukupnya.
- Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan garing.
-
Kemudian, masukkan 1/2 sudu kecil cili kering kisar.
- Masukkan 3 sudu besar rempah kerutuk.
-
Gunakan api paling perlahan. Kacau sehingga rempah sedikit garing.
- Kemudian, masukkan air asam jawa. ( Secubit asam jawa + segelas air kosong )
- Tutup seketika periuk. Biarkan bahan tumis pecah minyak.
- Seterusnya masukkan perasa peringkat pertama.
– 1/2 nise kecil / 1 sudu gula melaka
– 1/2 sudu serbuk perasa
– secubit garam
- Hiris lebar daging dan hati. Untuk kuantiti bahan, guna:
– 400 gram daging
– 400 gram hati
- Masukkan kepingan daging terlebih dahulu. Tutup periuk.
-
Biarkan daging empuk dalam api perlahan. Selepas itu, barulah dimasukkan kepingan hati. Biarkan hati masak.
- Tambahkan perasa peringkat kedua. Masukkan garam gula secukupnya. * Rasa masin manis perlu seimbang untuk menghasilkan kuah yang sedap *
- Masukkan 1 sudip santan pekat. *Sekiranya air daging mengering, boleh tambahkan air untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat.*
-
Masukkan pula 1/2 sudu kecil kerisik sebagai penyedap rasa.
-
Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali untuk mengelakkan gulai cepat basi.
- Gulai kerutuk semakin hitam cantik selepas dibiarkan masak lama.
Betul-betul sedap. Selamat mencuba!
3. Begedil Daging
Bahan-bahan:
– 4 genggam ‘fries’ / 6 biji ubi kentang
– 100 gram daging yang telah direbus (dileraikan)
– 3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)
– 1/4 biji cili benggala merah (diracik)
– 1/4 biji cili benggala hijau (diracik)
– 1/4 biji cili benggala kuning (diracik)
– 2 inci carrot (dipotong kiub)
– 4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)
– 2 genggam bawang goreng
Cara-cara:
-
Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
- Satukan semua bahan tadi dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
- Perasakan dengan:
– 1/2 sudu besar serbuk lada sulah
– secubit dua perasa Knorr
– secubit serbuk lada hitam
*tak perlu garam kerana fries sudah ada rasa masinnya*
- Gaul sekata.
- Pecahkan dua biji telur. Gaul lagi.
- Bulatkan begedil ikut saiz yang disukai. Padatkan.
- Begedil yang sudah siap dibulatkan.
- Kepuk 2 biji telur. Celup begedil sepenuhnya dalam bancuhan telur.
- Goreng dalam minyak panas. Angkat setelah kuning keemasan.
- Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau sebagai bahan tambahan dalam soto.
4. Singgang Daging
Bahan-bahan:
- 250 gram daging
- Bahan kisar
– 2 biji bawang merah sebesar syiling 20 sen
– 1 ulas bawang putih
– 3 hiris halia
– 3 hiris lengkuas
- Rempah ketumbar
- 3 1/2 cawan air (700 ml)
Cara-cara:
- Kisar dulu bahan kisar hingga lumat. Kemudian tambahkan 1 sudu besar rempah ketumbar.
- Kisar ketumbar sedikit kasar.
- Masukkan 3 1/2 cawan air (700 ml) dalam periuk. Tuang bahan kisar tadi. Biarkan ia mendidih.
- Seterusnya masukkan daging yang dipotong agak melebar dan nipis. *boleh campurkan tulang. Lagi sedap bila air tulang turun sebati bersama kuah.
- Masukkan juga 3 tangkai cili kering (direndam dalam air panas terlebih dahulu) sebelum ditumbuk atau dikisar kasar.
- Masukkan sekali batang bunga kantan yang telah diketuk. Cubalah untuk kelainan rasanya.
- Tutup periuk. Renehkan sehingga 20 minit atau daging empuk dalam api paling perlahan.
- Setelah daging empuk, masukkan bahan yang dihiris dan dimayang.
– 1 biji bawang merah
– 1 ulas bawang putih
– 4 hiris lengkuas dimayang
– 4 hiris halia dimayang
- Juga masukkan
– 2 keping asam keping. ( Afy suka guna yang nipis. Siap boleh gigit sekali. Kata nak kurus. Hii)
– 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil gula, 1 sudu kecil perasa Hilal dan 1/2 sudu kecil gula Melaka.
*Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri.
- Biarkan lagi 5 minit.
5. Sup Perut
Cara-cara:
- Masukkan perut bulat yang sudah dicuci bersih dalam periuk. Tambahkan air. Perasakan dengan sedikit garam. Masukkan juga 2 keping asam.
- Rebuslah sehingga perut empuk.
-
Seterusnya, gunting perut tadi dalam ukuran seinci. Masukkan dalam mangkuk. Sendukkan air rebusan perut tadi.
(Pastikan panas supaya kuah tidak berlemak)
-
Hiris bahan-bahan dibawah:
– daun sup
– tomato
– cili padi merah hijau
Taburkan ke dalam mangkuk.
- Untuk menaikkan rasa, bawang goreng cikgu buat sendiri. Masukkan juga sedikit taugeh.
-
Perasakan dengan secubit dua:
– lada sulah
– gula
– perasa
– garam (jika perlu)
- Perah asam limau sebelum dinikmati.
6. Gulai Kawah
Cara-cara:
- Sangai rempah ketumbar sehingga wangi. Kemudian kisar sehingga halus.
- Bahan kisar : (untuk 1 kilo lebih daging)
– 4 biji bawang merah ( saiz besar dalam gambar)
– 5 hiris nipis serai
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 inci halia
– 1/2 inci lengkuas
- Selepas dikisar, masukkan dalam bekas.
- Bahan tambahan :
– 1/2 sudu besar serbuk rempah ketumbar (yang disangai tadi)
– 1/2 sudu besar kerisik
– 1 relung kecil manisan “nise”
– 1 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + segelas air)
– 1 senduk budu
– 8 sudu besar rempah kawah cikgu afy
- Masukkan semua bahan kisar tadi serta bahan tambahan. Gaul sebati.
- Bahagian lauk yang cikgu masukkan: *Nak guna kambing pun boleh.
– perut
– daging
– tulang
– hati
– paru
- Lauk dan rempah digaul sebati dalam bekas ini terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan dalam kuali. Cikgu guna kuali menggantikan kawah. *jangan buka api lagi*
- Masukkan terlebih dahulu 1/2 cawan santan pekat. Cikgu guna santan dari perahan kelapa segar ye. Kacau rata.
- Barulah dibuka api paling perlahan. Tutup dengan tudung periuk. Renehkan selama 1 jam untuk gulai pecah minyak dan daging separa lembut.
- Selepas kuah mula pecah minyak, barulah dimasukkan santan peringkat kedua. Masukkan sebanyak 1/2 lagi santan pekat + 2 cawan air.
- Masukkan bahan perasa peringkat kedua:
– 1/2 sudu besar perencah Hilal
– 1 1/4 sudu besar garam
– 1/2 lagi manisan/nise
– 1 sudu besar gula
* kuantiti perasa ni ikut citarasa / kuantiti kuah yang terhasil.
- Renehkan lagi 1 jam untuk daging betul-betul empuk dan santan pecah minyak cantik.
7. Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:
– 1/2 kg daging dihiris nipis. Masukkan dalam mangkuk.
– Perapkan daging dengan campuran kicap
( 2 senduk kicap Jalen lemak manis, 1 sudu kicap pekat Jalen, 1 sudu kicap cair Yeos)
– Masukkan 3 sekawan
– Tumbuk sehiris nipis halia dan 2 ulas bawang putih.
– Sangai campuran 1 sudu besar serbuk ketumbar + jintan manis. Kemudian tumbuk halus dan masukkan dalam mangkuk
– segenggam bawang goreng ( cikgu goreng sendiri)
– 2 tangkai daun kari
Cara-cara:
- Semua bahan disatukan dalam mangkuk. Perapkan setengah jam.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis 1/2 sudu kecil halba campur. Kemudian masukkan 3 sekawan, daun kari dan bawang merah yang dibelah 4 sehingga wangi.
- Masukkan pula campuran bahan kisar di bawah:
– 1 1/2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang Holland
– sehiris nipis halia
- Seterusnya tumis juga 1 sudu besar cili kering kisar.
- Selepas naik bau, masukkan daging yang sudah diperap tadi.
- Tambahkan:
– satu senduk kicap Jalen
– 2 sudu besar kicap pekat
– 1 sudu besar kicap cair
– 2 sudu besar sos cili
- Semasa proses mengempukkan daging, tambahkan air beberapa kali. Boleh juga tambahkan kicap jika warnanya pucat.
- Masak dalam api perlahan. Masukkan perasa garam dan gula sesedap rasa. Rasa manis perlu lebih menyerlah.
- Selepas daging empuk dan kuah menjadi pekat, masukkan bahan hiasan di bawah:
– segenggam bawang goreng
– cili kering yang dipotong dan digoreng
– daun kari goreng
– cili padi merah hijau
- Gaul rata dan siap. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
8. Maggi Dan Kuew Tiau Celup
Cara-cara:
- Cara nak buat sup ni cikgu buat ringkas je. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
- Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
- Perasakan dengan secubit dua sahaja garam. *Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
- Keluarkan isi sup tadi. Isi ayam tu cikgu goreng seketika.
- Carikkan daging dan isi ayam. Hiris nipis perut.
- Selepas isi dikeluarkan, tambahkan :
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
- Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
- Warna sup yang menepati citarasa cikgu. Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
- Celup seketika kangkung, taugeh, maggi/kuew tiau (celup berasingan) dalam air mendidih.
- Rencah tambahan:
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah
Cara hidangan:
- Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
- Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
- Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
- Kacau rata. Sedia untuk dinikmati.
9. Gulai Kari Daging
Anggaran masakan untuk 300 gram daging & 3 biji telur.
Cara-cara:
- Bahan kisar:
– 1 1/2 biji bawang merah bombay
( saiz seperti dalam gambar)
– 1 ulas bawang putih
– 2 hiris serai
* bukan sebatang ye
– 1/2 hiris halia
– 1/3 sudu kecil campuran jintan putih& biji ketumbar
*kisar semua bahan di atas dengan sedikit air
- Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar tadi hingga naik kekuningan dan naik bau.
- Kemudian tumis 1 1/2 sudu besar cili kering kisar hingga masak.
- Masukkan pula 2 1/2 sudu besar rempah kari.
- Diikuti 1/2 sudu besar rempah kerutuk. Gunakan api perlahan sahaja. *cikgu beli rempah timbang dekat atas pasar Siti. Jenama rempah keluaran tidak dinyatakan. Haa apa-apa pun boleh.
- Sediakan terus campuran 1 cawan air asam jawa. Tuangkan. ( secubit asam jawa + 1 cawan air)
- Tutup periuk dengan tudung. Biarkan hingga pecah minyak.
- Perasakan pada peringkat pertama :
– garam bukit
– gula melaka
– gula
– perencah Hilal/ secukup rasa
- Masukkan daging yang telah dihiris nipis dan lebar. Masukkan juga tambahan 1 cawan air lagi untuk daging empuk.
- Tutup dengan tudung periuk. Reneh dalam api paling perlahan kira-kira 45 minit / sehingga daging empuk. *boleh tambahkan lagi air sekiranya daging lambat empuk.
- Kacau sekali-sekala.
- Masukkan 2 sudu besar pati santan pekat. Tak perlu banyak, nanti mengganggu warna dan rasa. Cikgu guna santan kotak M&S.
- Tambahkan perasa garam gula peringkat kedua secukup rasa. Masukkan juga 1/2 sudu kecil kerisik.
- Biarkan lagi 10 minit dalam api perlahan sebelum ditutup api.
- Rebus telur. Goreng sehingga telur coklat kekuningan. Biarkan sejuk seketika.
- Masukkan telur tadi ke dalam kuah yang telah suam. Siap!
10. Gulai Kurma Daging Buku
Cara-cara:
- Sediakan bahan-bahan kisar.
– 2 biji bawang merah
– 1 ulas bawang putih
– sehiris halia
- Tengok gambar daging cikgu hiris. Cikgu tak hiris nipis. Cikgu buat ‘buku’. Kalau nak kecilkan sikit saiz pun boleh. Dalam pinggan satu lagi, goreng seketika bahan tersebut untuk hiasan di akhirnya.
- Minyak gorengan tadi digunakan untuk menumis tiga sekawan terlebih dahulu. Kemudian tumis pula bahan kisar tadi. Selepas naik bau, masukkan rempah kurma dua sudu besar. Cikgu guna rempah cikgu sendiri.
- Biarkan rempah ditumis sehingga garing dalam api perlahan.
- Barulah masukkan air asam jawa. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Kemudian perasakan dengan nisse. Cikgu dah patah-patahkan sebanyak sekeping.
- Barulah masukkan daging yang dipotong buku tadi.
- Haa ini bahan rahsia penyedap masakan kurma juga. Cikgu masukkan dua biji kurma. Bijinya dimasukkan sekali sebagai petua daging cepat empuk.
- Masa mereneh memang lama. Cikgu biarkan dalam api perlahan selama lebih 1jam. Kacau sesekali. Jika air daging kering, boleh tambahkan air lagi.
- Selepas daging empuk, masukkan santan sebanyak tiga senduk dan air satu cawan.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Rasa gulai kurma perlu sedikit manis.
- Selepas kuah memekat, barulah masukkan bahan hiasan tadi.
- Hidangkan bersama set nasi hujan panas. Ringkas tetapi sangat sedap. Selamat mencuba.
Kredit: Afy AL Habibi