Madu merupakan sejenis manisan dari lebah yang mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Pelbagai jenis madu yang wujud di atas dunia ini seperti madu tualang, madu kelulut, madu maduka, madu semanggi dan juga madu ratu lebah.
Seperti yang kita sedia maklum, madu merupakan penawar segala jenis penyakit. Seperti mana yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” Surah Al-Nahl ayat yang ke 69.
Bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, madu ini juga sangat bagus untuk anak-anak kita. Sangat rugi bagi para ibu bapa yang tidak memberikan madu kepada anak-anak. Untuk lebih lanjut berkenaan kebaikan madu lebah kepada anak-anak ini, jom kita ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan di bawah ini.
Ajak anak makan madu setiap hari.
Mana mungkin makanan yang Nabi suka, kita tak ajar anak untuk makan kan.
Madu hanya untuk anak umur 1 tahun ke atas je k.
1 hari, 1 sudu kecil pun dah cukup.
Tak kisah nak bagi waktu bila pun, pagi, petang, malam, mana-mana pun boleh.
8 sebab kenapa kena bagi madu pada anak setiap hari.
Polyphenol dalam madu bertindak sebagai antiradang untuk badan anak.
Sebab tu bila anak tak sihat, lagi kerap saya bagi anak madu. Ala natural antibiotic dan antifungus gitu.
Madu bersifat antimikrob. Selalu sangat saya buat yang ini. Luka anak yang kecil, cepat betul sembuh bila letak madu.
Sebagai antioksida, antibakteria dan antifungus. Juga sebagai immune boosting untuk anak-anak.
Madu kan ada prebiotik. Saaaangat lah seronok bakteria baik di usus sebab dapat makanan yang baik macam madu. Makin sihatlah usus anak nanti. Senang nak membuang.
Kan madu bersifat antibakteria dan antiradang, sebab tu ramai yang batuk suka amalkan madu kan.
Antioksida dan antiradang dari polyphenol bantu kurangkan radang di hipopocampus, yang mana main peranan penting dalam sistem memori anak.
Siapa belum anak madu kat rumah, korang terus cari madu simpan kat rumah k. Simpan dan bagi anak makan maksudnya.
Ada banyak jenis madu di pasaran. Saya suka sangat madu dari bunga sebab rasa dia mild dan manis masam sikit.
Jadi jom kita sama-sama amalkan madu lebah ini dan ajak anak bersama-sama untuk sentiasa makan makanan sunnah ini. Tak rugi orang yang makan madu lebah selalu namun yang ruginya jika mereka tidak memakannya.
Kredit: Mazliana Mazlan
Baca juga: Budu Merupakan Makanan Tinggi Probiotik? Bagus Untuk IQ & Usus Anak