Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Selain Chocolate Indulgence, Ini 12 Kek Secret Recipe Sedap Yang Patut Anda Cuba

Selain Chocolate Indulgence, Ini 12 Kek Secret Recipe Sedap Yang Patut Anda Cuba

Kategori: ,

Keenakan kek di Secret Recipe memang sukar untuk ditandingi terutamanya kek yang menjadi trademarknya iaitu Chocolate Indulgence yang berkrim dan kaya dengan coklat. Kek ini sering menjadi pilihan ramai kerana kelembutan tekstur serta rasanya yang enak tak terkata.

Jika anda dan ingin ubah angin dan cuba kek lain, jom kita tengok 12 kek Secret Recipe sedap yang anda patut cuba! Semuanya sedap-sedap belaka!

12 Kek Secret Recipe Sedap Yang Anda Wajib Cuba

1. Chocolate Odyssey

Kek ini sesuai untuk anda yang sukakan rasa coklat dengan kacang hazelnut ala Ferrero Rocher. Rasa mewah dan sedap tak terkata!

2. The Red Velvet

Kek ini adalah kombinasi mantap kek sponge dengan lapisan cream cheese dan apricot bits. Tak terlalu manis atau muak walaupun berkrim.

3. Hokkaido Triple Cheesecake

Kek yang menggabungkan keju parmesan, mascarpone dan cream cheese memang padu dan cukup unik! Penggemar cheesecake wajib cuba kek ni.

4. Black Forest

Kek coklat lembap ini dipadankan dengan ceri segar dan krim. Sesuai untuk anda yang sukakan kek buah dengan rasa yang mewah.

5. White Chocolate Macadamia

White Chocolate Macadamia juga adalah antara pilihan kek yang paling laris di Secret Recipe kerana rasanya yang light tapi sedap!

Kek ini juga sesuai untuk dinjamu dalam apa-apa sambutan kerana rasanya yang mudah diterima ramai.

6. New York Cheesecake

New York Cheesecake ini pula sangat sesuai untuk dinikmati bila-bila masa kerana rasanya yang klasik dan tak terlalu manis.

7. Absolute Durian dan Durian Fromage

Kek dengan rasa durian asli ni pasti bakal menepati citarasa rakyat Malaysia! Kalau anda nakkan kelainan, cubalah kek Absolute Durian iaitu kek sponge atau Durian Fromage iaitu kek keju durian.

8. Marble Cheesecake

Marble Cheesecake adalah salah satu kek premium yang anda patut cuba. Walaupun saiznya agak kecil, namun anda pasti sukakan rasa oak nut yang menyerlah pada bahagian bawahnya.

Kek Secret Recipe Sedap

9. Chocolate Brulee

Penggemar kek coklat wajib cuba Chocolate Brulee ni! Setiap lapisannya sangat sedap, mewah dan cair di mulut.

Lapisan bawahnya adalah mud cake, yang tengah pula adalah chocolate mousse, dan bahagian atas pula diletakkan chocolate brulee.

Kek Secret Recipe Sedap

10. Butterfly Pea Lemon Cheesecake

Gabungan keju dengan lemon sememangnya sangat menyegarkan!

Rasa kek keju masam-masam manis ini lain daripada yang lain kerana diperbuat daripada Australian Cheese dan bunga telang asli.

Kek Secret Recipe Sedap

11. Wild Blueberry Cheesecake

Gabungan rasa beri biru dan keju dalam kek ini teramatlah sedap! Sesuai untuk anda yang gemarkan kek keju yang tak terlalu muak.

Kek Secret Recipe Sedap

12. Hi Fibre Cheesecake

Bagi anda yang sukakan kacang, Hi Fibre Cheesecake pasti menjadi kegemaran anda!

Kek ini padat dengan kacang dan bijirin penuh. Sepotong kek pun dan boleh buatkan anda rasa kenyang!

Kek Secret Recipe Sedap

Banyak rupanya kek Secret Recipe sedap yang underrated dan tak popular macam Chocolate Indulgence tapi sedap!

Dari kek berkacang, cheesecake sehinggalah kek yang ada buah, kek dari Secret Recipe tentunya tak akan menghampakan. Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba kek Secret Recipe yang sedap hari ni! Jangan lupa ikuti laman Facebook Secret Recipe Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik khas untuk anda!

tags: |