Biasanya, jika ke tempat seperti pantai, pasti ada peniaga yang mendirikan khemah di tepi jalan untuk berniaga. Ia menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli makanan dan minimuman selain menikmati pemandangan di depan mata.
Tetapi, hal yang kurang sedap didengar berlaku di Pantai Puteri, Melaka apabila kira-kira 120 peniaga di Pantai Puteri disifakan bersikap sambil lewa. Ini apabila mereka meninggalkan besi khemah masing-masing di bahu jalan sehingga meriskokan pengguna jalan raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pantai Kundor, Tumidah Kadi Berkata keadaan ini dapat dilihat di sepanjang 2.5 kilometer di persisiran pantai berkenaan.
Ujarnya, tindakan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan pantai sebagai lokasi pelancongan, malah membahayakan pengguna Jalan Raya terutama peunggang motosikal.
“Sebelum ini telah berlaku kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang merempuh peralatan niaga ditinggalkan di bahu jalan.
“Jadi kita minta kepada peniaga ini untuk bersikap lebih bertanggungjawab. Dan, ikutlah peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu tidak meninggalkan barang di bahu jalan selepas niaga,” katanya,
Beliau berkata demikian selepas program pendengaran Awam, Sejahterakan Bandarayaku #PantaiKundor Dihatiku dii Kompleks Japerun Pantai Kundor di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua penjaga di kawasan itu akan diberikan notis peringatan. Ia melalui pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam masa terdekat.
“Kita tidak menghalang warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor untuk berniaga lebih-lebih lagi dalam kagawatan ekonomi selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Tetapi perlulah ikut peraturan, janganlah sampaii tempat parkir kenderaan pun dijadikan stor tempat letak barang niaga,” katanya.
Meninjau komen orang ramai berkenaan isu ini, rata-rata netizen menyarankan agar peniaga mendengar saranan yang telah dipersetujui sebelum membuka gerai jalanan di tempat berkenaan.
Mengambil komen salah seorang netizen, Ain Sabrina berkata, peniaga diminta menerima syarat yang digariskan oleh pihak berkuasa untuk berniaga di sana.
“Dalam syarat permit kebenaran berniaga kan dah ada tertulis tidak boleh meinggalkan peralatan niaga. Di mana-mana pun sama macam ni, Mula je akur syarat permit. Lama kelamaan lebur,” katanya mengulas isu 120 peniaga sambil lewa berkenaan.
Janganlah menjadi peniaga sambil lewa. Sama-sama kita menjaga nama baik sesama sendiri dan hidup tolong menolong antara satu sama lain.
Sumber: Kosmo