Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Penderita Ekzema Sila Berhati-Hati Dengan 13 Sayur & Buah Ini. Nombor 8 Tu Paling Disukai Ramai

Penderita Ekzema Sila Berhati-Hati Dengan 13 Sayur & Buah Ini. Nombor 8 Tu Paling Disukai Ramai

Kategori: ,
buah dan sayur bahaya untuk ekzema

Ekzema merupakan salah satu penyakit kulit yang mempunyai kaitan dengan penyakit genetik atau turun temurun. Keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit akan memberi rasa yang kurang selesa kepada pesakit. Penyakit ini dihidapi oleh semua golongan umur. Dari kanak-kanak hingga ke dewasa.

Selain berjumpa dengan doktor pakar kulit atau makan ubat, pemakanan juga merupakan satu perkara yang perlu dijaga. Bagi menggelakkan masalah atau penyakit ini menjadi lebih teruk, ini antara buahan dan sayuran yang anda kena elak untuk beberapa ketika.

Senarai sayuran dan buahan yang perlu dielakkan bagi pesakit ekzem ini telah dikongsikan oleh Mizhana Padzi di laman facebook miliknya. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

13 Sayur Dan Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema

Maknanya jika makan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up. 

Siapa sangka kan ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain namun tidak untuk penderita ekzema. 

Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama lamanya harus dijauhi. Tapi cuba off sementara ekzema belum baik. 

Dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam. Sayur dan buah di bawah ini antara list yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah. 

Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa. 

1. Tomato

Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal. 

2. Jagung

Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi

3. Brokoli

Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.

4. Cendawan

Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal. 

5. Bell Peppers

Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni).

6. Nenas

Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema. 

7. Kubis

Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal. 

8. Anggur

Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema. 

9. Buah mata kucing

Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun bad for eczema healing. 

10. Kiwi

Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema. 

11. Berries

Berries tak kisahlah strawberry ke blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal.

12. Buah kering

Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.

Dah tahu kan senarai buah dan sayur yang bahaya untuk ekzema ini? Jadi apabila dah tahu ni cuba elakkan dulu dan lihat perubahannya macam mana. Sekurang-kurang dengan tidak memakan sayur dan buah di atas ia dapat mencegah penyakit tersebut. Bukankah mencegah itu lebih baik.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Mizhana Padzi 

Baca juga: Kayap Ular Boleh Menyebabkan Kematian Jika Tidak Dirawat, Ini Dia Petua Semulajadi Untuk Merawatnya

tags: |