Umum mengetahui bahawa daun kesum merupakan salah satu bahan masakan. Sering dimasukkan ke dalam kuah laksa pineng, masak asam pedas atau pun masak tempoyak. Tanpa daun yang berbentuk panjang dan sederhana nipis itu, masakan ini tidak akan sedap.
Daun kesum ini terhasil dari pokoknya sendiri. Memiliki daun yang banyak dan agak mudah untuk didapatkan. Ada je dijual di Pasar Raya mahupun ditanam sendiri. Kalau diri sendiri tidak tanam pun, rumah jiran pasti ada kan?
Akan tetapi, pernah tak melihat pokok kesum yang kecut dan tak segar. Daunnya tak merimbun elok malah terdapat kesan hitam pada daun tersebut. Untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, mungkin anda boleh ikuti tips dari Cikgu Kebun ini.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni.
Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nk ajar ni.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Tips Mudah Tanam Pokok Kesum Rimbun Dari Cikgu Kebun
- Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
- Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
- Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
- Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
- letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
- Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
- Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
- Kenapa CK semai dahulu? tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
- Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.
- Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
- Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
- Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
- Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Mudah sahaja kan tips tanam pokok kesum supaya merimbun dan segar ni? Kalau ikuti cara ini, pasti tanaman anda akan menjadi, InshaAllah. Kalau dah merimbun banyak, nak buat jualan pun boleh tau. Zaman sekarang semua benda berharga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Gardening By Cikgu Kebun
Baca juga: Ini Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair