Belum reda lagi mengenai kisah seorang lelaki yang digantung kerja kerana menuduh rider grab mencuri minumannya, muncul pula kisah terbaharu yang melibatkan majikan lelaki tersebut iaitu Bateriku.com.
Baca di sini: Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja, Majikan Turut Memohon Maaf
Semalam tular di media sosial apabila 15 orang penghantar makanan foodpanda datang menghantar pelbagai jenis makanan ke pejabat Bateriku.com dan memberitahu bahawa pesanan dibuat daripada alamat tersebut.
Namun, pihak Bateriku.com menyatakan bahawa mereka tidak membuat sebarang pesanan yang mana jumlah keseluruhannya bernilai RM500.00 dan perlu dibayar tunai.
“Susulan dari isu viral pekerja kontrak bateriku.com bahagian produksi studio yang telah tular di media sosial baru-baru ini, pihak kami dikejutkan dengan prank pesanan makanan yang dihantar ke alamat pejabat kami.
“Prank penghantaran makanan ini dilakukan secaa sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 rider foodpanda.
“Pihak bateriku.com telah memaklumkan kepada foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat kami.
Pihak foodpanda amat prihatin atas kesulitan yang dihadapi oleh kami dan rider mereka. Kami amat teruja dengan keprihatinan foodpanda untuk tidak mengenakan sebarang caj pembayaran disebabkan situasi yang berlaku,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bateriku.com
Difahamkan, makanan tersebut dikongsi bersama-sama dengan rider dan juga pekerja bateriku.com. Sehingga sekarang masih belum mengetahui siapa disebalik prank yang dilakukan dan motif atas kejadian yang berlaku.