Pasti ramai dalam kalangan kita perasan kenapa masakan orang lama seperti nenek dan ibu kita lebih sedap. Air tangan mereka ini lain macam kan. Walaupun masakan tersebut sangat biasa, namun rasanya sangat luar biasa. Rupa-rupanya bahan yang digunakan oleh mereka ini yang membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Nak tahu apakah bahan itu? Jom kita ikuti tips masakan daripada Nu Ha ini. Katanya ada 3 bahan utama yang dia guna dan ianya diajar oleh orang-orang lama atau orang yang berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
Tips masakan daripada orang lama. Ada 3 bahan utama saya guna yang diajar oleh orang-orang lama atau yang lebih berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
Biasanya untuk masak sayur, sup, saya guna sos tiram. Jika masakan saya tawar (biasanya nasi/mee/bihun goreng), saya gunakan sos tiram untuk menambah rasa masin agar mudah sebati berbanding garam.
Arwah mak ajar saya masakan menggunakan garam kasar lebih sedap berbanding garam halus. Terutama ketika menggulai atau yang berkuah.
Jika masakan memerlukan rasa manis, saya gunakan nise sebagai pengganti kepada gula. Nise menghasilkan rasa manis berlemak berbanding gula. Jika masak sambal, nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
Memang ketiga-tiga bahan di atas wajib ada di setiap rumah. Selain 3 bahan tersebut ada lagi bahan yang mungkin kebanyakan orang selalu gunakan iaitu belacan dan cili. Bagi penggemar makanan pedas memang rasa tidak lengkap jika tidak masukkan cili dalam masakan.
Buat yang baru belajar memasak mungkin boleh simpan tips atau petua ini. Jangan simpan sahaja ya, perlu amalkan juga. Ini bahan yang memang wajib selain daripada beras dan lauk pauk lain. Pastikan bahan-bahan ini sentiasa ada di dapur anda.
Kredit: Nu Ha Via Makmal Makanan
Baca juga: Tips Pecahkan Telur Dalam Masakan Supaya ‘Terletak’ Elok, Buih-Buih Putih Pun Tiada!