Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 3 Koleksi Masakan Ikan Kembung Yang Boleh Cuba Di Rumah Untuk Santapan Keluarga

3 Koleksi Masakan Ikan Kembung Yang Boleh Cuba Di Rumah Untuk Santapan Keluarga

Kategori: ,
Resepi Ikan Kembung

Resepi ikan kembung memang sudah terbiasa menjadi masakan para ibu dan isteri di rumah. Ikan ini mudah didapati dan murah pula tu. Memang sedap lagi-lagi banyak jenis masakan yang boleh dimasak menggunakan ikan kembung ini. Sesuai dengan selera makan.

Banyak yang kita boleh masak dengan ikan ni. Ini adalah 3 aneka masakan yang boleh cuba bagi mereka yang ingin mencuba sebagai lauk pauk untuk makan bersama keluarga. Pastikan setiap sukatan bahan berpadanan dengan jumlah ahli keluarga.

Ikan Kembung Singgang

Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan-bahan:

  • 5-6 Ikan kembung / sardin
  • Serai sebatang (diketuk)
  • Asam keping 4/5 keping
  • Kacang bendi
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa (ajinomoto)
  • Bahan kisar
  • Cili kering (lebih kurang 7/8 tangkai (direbus sebelum kisar)
  • Bawang besar sebiji
  • Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
  • Belacan 1/2 inci

Cara Buat

  1. Rebus bahan dan kisar sekali dengan air.
  2. Masukkan serai dan asam keping.
  3. Biarkan separuh masak dan masukkan ikan.
  4. Apabila mendidih masukkan pula kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum.
  5. Akhir sekali letak garam & sedikit serbuk perasa.
  6. Kalau kurang masam boleh tambah asam keping atau buah tomato.
Kredit: Chel Nain

Asam Rebus Ikan Kembung

Resepi Ikan Kembung Singgang

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kerisi sedang
  • 1 tokol lengkuas
  • 2 tokol kunyit hidup
  • Asam Gelugor 2 keping
  • Lada jarun 5/6 butir
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 3 ulas
  • Ketumbar 2 sudu kecik (rendam)
  • Kacang bendi 2/3 butir
  • Serai 2 batang
  • Daun kesum
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Kaedah Penyediaan

  1. Tumbuk ketumbar dan bawang putih, merah dan kunyit hidup. Tumbuk sehingga lumat
  2. Masukkan air sekurang-kurangnya 1/2 periuk
  3. Buka api dan masukkan rempah yang di tumbuk tadi
  4. Masukkan lengkuas, lada jarum, serai yang sudah diketuk dan asam Gelugor
  5. Buka air biar mendidih kemudian masukkan ikan
  6. Akhir sekali masukkan kacang bendi serta daun kesum
  7. Kecilkan api, biarkan merempuh selama beberapa minit dan tutup
  8. Masukkan juga garam dan serbuk perasa
kredit: Ummu Ummara Jula Juli

ikan kembung masak taucu

Resepi Ikan Kembung Masak Taucu

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung – goreng garam kunyit
  • Cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Air asam jawa
  • 4 sudu besar taucu
  • Garam gula

Cara-cara Memasak

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga kekuningan
  2. Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa
  3. Masukkan ikan, garam, gula.
Kredit: Rindiani Liana
Resepi ikan Kembung yang pelbagai ini bolehlah dicuba di rumah. Biasanya isteri dan ibu pasti jenuh fikir nak masak apa hari ini sebab selalu masak masakan yang sama dan sekiranya dalam peti sejuk hanya ada ikan ini, bolehlah masak dengan rujukan resepi ini. Jika sesiapa yang gemar ikan dengan budu, maka, ikan kembung siggang sangat disyorkan.
Selamat mencuba!
tags: | |