Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 3 Resepi Makanan Ikan Khas Dari Indonesia Yang Pastinya Buat Anda Ketagihan. Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

3 Resepi Makanan Ikan Khas Dari Indonesia Yang Pastinya Buat Anda Ketagihan. Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Kategori: ,
Indo Cuisine

Terdapat beberapa makanan khas dari Indonesia yang diperbuat dari ikan. Kebiasaannya makanan ikan amat digemari oleh mereka di Indonesia.

Otak otak atau kadang-kadang dipanggil otah otah atau kek ikan bakar dalam daun pisang mempunyai rasa pes ikan buatan sendiri yang menakjubkan. Ia dipanggang dalam daun pisang dan dihidangkan bersama sambal kacang asam jawa.

1. Resepi Otak-otak/ Pepes Ayam

resepi satay otak-otak

Bahan-bahan:

  • Isi ayam bahagian dada – dikisar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar ketumbar**
  • 2 sudu besar jintan manis**
  • 2 sudu besar jintan putih**
  • 3 batang serai**
  • 5-6 ulas bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 4 biji buah keras**
  • 1 inci halia**
  • 1 inci kunyit**
  • Segenggam cili kering**
  • 2 kiub ayam
  • 250 ml santan kara
  • Secukup rasa
  • Garam, gula
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali
  2. Masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan
  3. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal
  4. Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata isi ayam dan sambal.
  5. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus seperti kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.

Kredit: Rozmaliza Omar (MAHI)

2. Resepi Siomay

siomay

Siomay Sos Kacang adalah makanan khas Indonesia iaitu ladu ikan Indonesia dengan sayur-sayuran yang dihidangkan bersama sambal kacang. Isi ladu itu sendiri boleh berbeza-beza bergantung pada pilihan, seperti ikan, udang atau ayam. Tetapi gabungan bahan-bahan lain seperti kubis kukus, kentang, peria, telur rebus dan tauhu yang membuatkan lebih sempurna. Hidangkan dengan sos cili dan sedikit limau nipis supaya nampak menarik dan sedap.

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung sagu
  • 250 gram ikan tenggiri
  • 200 gram udang cincang
  • 200 gram labu siam / wortel, parut halus
  • 150 gram putih telur
  • 15 ulas bawang merah, haluskan
  • 10 ulas bawang putih, haluskan
  • 1 sdm garam

Bahan Pelengkap :

  • Kembang tauhu
  • Kentang
  • Pare/ peria
  • Kol/ kubis
  • Tauhu
  • Telur

Cara Membuat Siomay

  1. Campurkan ikan, udang dan garam menjadi satu, kemudian aduk hingga rata
  2. Setelah itu masukkan labu siam, putih telur, bawang merah dan bawang putih yang telah dihaluskan, aduk hingga rata. Lalu masukkan tepung sagu, aduk-aduk hingga rata
  3. Selanjutnya masukkan adunan ikan pada tauhu, telur, kubis dan peria. Sebahagian adunan bentuk bulat-bulat atau masukkan ke dalam kulit ladu
  4. Kukus siomay dan sayuran pelengkap kedalam boiler panas hingga matang
  5. Setelah selesai membuat siomay, sekarang masanya untuk buat bumbu kacang atau kuah sate yang enak seperti berikut:

Bahan Bumbu Kacang/ Kuah Sate :

  • 500 gram kacang tanah panggang, giling halus
  • 150 gram cili padi merah besar
  • 50 gram bawang merah
  • 3 buah jeruk limau
  • 2 sdm garam
  • 2 sdm gula

Cara Membuat Bumbu Kacang/ Kuah Sate

  1. Goreng cili padi merah dan bawang merah terlebih dahulu, angkat dan haluskan.
  2. Kemudian campurkan bumbu yang telah dihaluskan tersebut dengan kacang tanah, gula, garam, dan sedikit air, lalu aduk-aduk hingga rata.
  3. Setelah itu panaskan bumbu kacang hingga mendidih, angkat lalu berilah air perasan jeruk limau.
  4. Bumbu kacang dapat disajikan sebagai siraman untuk siomay.

Kredit: Rozana Rahman

3. Resepi Pempek

Pempek

Pempek atau empek-empek ialah juga salah satu hidangan ikan yang sangat digemari oleh rakyat Indonesia. Makanan ini khas di Palembang tetapi sekarang hampir seluruh Sumatera Selatan menjualnya. Ia diperbuat dari campuran daging ikan dan sagu yang dicicah bersama kuah cuka. Ikan yang biasa digunakan untuk menu ini adalah ikan tenggiri.

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging ikan giling (boleh juga ikan tenggiri)
  • 300 ml air
  • 350 gram sagu/tepung ubi
  • 1 sdm garam
  • 1sdm besar gula boleh diganti penyedap rasa

Kaedah Memasak Rempek

  1. Aduk rata daging ikan bersama air hingga betul-betul tercampur rata
  2. Tambahkan gula atau penyedap dan di aduk lagi
  3. Lalu tambahkan garam aduk kembali sampai adunan mengental
  4. Setelah mengental masukkan tepung sagu aduk sampai rata
  5. Ambil sedikit adunan, bentuk memanjang atau bentuk mangkuk
  6. Rebus dalam air mendidih. Kalau terapung maka boleh diangkat dan toskan.

Cara Penyajian

  1. Goreng pempek dalam minyak panas sampai kuning kecoklatan. Sajikan bersama kuah cuka.
  2. Kuah cuka :
  • 2 buku gula merah
  • 1 labu kecil bawang putih
  • 10-15 cili padi
  • 2 gelas air
  • 2 sdm cuka boleh tukar dengan 1 cawan air asam jawa

Cara Buat Kuah Cuka

  1. Haluskan cili dan bawang putih
  2. Tambahkan air rebus hingga mendidih
  3. Masukkan gula merah dan air asam jawa
  4. Rebus beberapa minit sampai kuah agak pekat
  5. Angkat dan tapis.

Kredit: Iche Darlan (BIKMM)

Di Indonesia memang terkenal juga dengan pelbagai masakan ikan. Inilah resepi hidangan ringkas olahan dari ikan untuk makan-makan ringan pada waktu petang. Kebiasaanya hidangan seperti otak-otak dijual di tepi pantai. Namun, masakan ini juga boleh dibuat dirumah dengan adanya bahan-bahan khususnya.

Selamat mencuba.

Baca juga: Wanita Indonesia Ini Kongsi Cara Masak Bakso Original Negaranya, Memang Sedap Sungguh

tags: |