Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 4 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker. Tetap Power & Sedap!

4 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker. Tetap Power & Sedap!

Kategori: ,
4 tips masak nasi lemak

Memang tidak dapat dinafikan lagi yang rakyat Malaysia ini sangat gemar makan nasi lemak. Malah banyak gerai-gerai atau restoran yang menyediakan nasi lemak ini. Tidak kira sama ada untuk makan pagi, makan siang mahu pun makan malam.

Nak masak nasi lemak ini memang cukup mudah namun tak ramai yang mampu menghasilkan nasi lemak yang sedap dan kena dengan selera. Walaupun dah ikut resepi seratus peratus namun hasilnya tetap tak sama. Lebih-lebih lagi jika menggunakan rice cooker, selalu gagal.

Nak buat nasi lemak guna rice cooker tapi tak nak gagal? Mungkin anda boleh ikuti 4 tips yang dikongsikan oleh Jauharatuddini Taib di bawah ini.

4 Cara Dan Tips Penting Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker

1. Rendam beras sebelum masak

Salah satu tips untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum memasakkannya. Selepas di basuh, rendamkan sekitar 10 minit. Kemudian, terus toskan dan masak seperti biasa.

 2. Elak nasi lemak mentah dalam rice cooker

Cara memasak nasi lemak guna rice cooker tak banyak bezanya dengan atas api. Ada yang masukkan santan sekali dengan halia, daun pandan dan garam terus. Kalau nak masukkan apabila nasi mula nak kering pun boleh.

Seeloknya, lebihkan sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ‘cook’ dah bertukar ‘warm’. Sekiranya ini berlaku, ada beberapa petua yang boleh anda lakukan:

  • Mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut kemudian, letak sebuah cawan berisi air panas yang di campur sedikit garam di dalam rice cooker (macam.seperti gambar di atas). Tutup semula rice cooker dan biarkan selama 10-20 minit.
  • Kacau nasi, ambil daun pisang/plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ‘warm’.
  • Selain daripada cara-cara ini, boleh juga mengukus semula nasi tersebut menggunakan pengukus.

 3. Petua nasi lemak lembut

Salah satu tip masak nasi lemak.yang lembut adalah dengan mencampurkan aedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Tak kisahlah sama ada nak masukkan awal-awal atau apabila nasi hampir kering.

Tips ke dua adalah dengan menggunakan halia yang di titik sebesar ibu jari. Anda boleh menggunakan kedua- dua cara ini untuk mendapatkan butiran basi yang cantik, lembut dan berderai. Tapi, jangan menggaulkannya nasi banyak kali semasa memasakkannya ya!

 4. Supaya nasi lemak wangi dan harum

Biasanya kita akan ikat daun pandan untuk di masukkan ke dalam rice cooker. Kalau anda nak cuba sesuatu yang berbeza, boleh kisarkan daun pandan dan dapatkan patinya untuk di masukkan ke dalam nasi lemak yang sedang di masak. Selain itu boleh gunakan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi keharumannya.

Tips masak nasi lemak menggunakan rice cooker ini mudah diikuti kan? Jadi dah tiada masalah dah lepas ni kalau nak menyediakan nasi lemak yang menjadi, sedap dan menyelerakan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Jauharatuddini Taib

Baca juga: Wanita Ini Dedah Tips & Cara Penggunaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk Yang Betul!

 

tags: |