Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Guna 5 Bahan Je Nak Buat Kuih Peneram Ni, Serius Sedap!

Guna 5 Bahan Je Nak Buat Kuih Peneram Ni, Serius Sedap!

Kategori: ,
Kuih Peneram

Lama dah tak makan kuih lejen, kuih peneram ni. Kuih kesukaan ‘orang lama’ yang juga masih menjadi kesukaan ramai sehingga kini. Hanya perlu menggunakan 5 bahan untuk membuatnya, mudah kan?

Sesuai untuk anda yang nak berjimat, sebab bahan yang digunakan pun tidak lah mahal mana. Kalau buat sendiri baru puas hati dan boleh makan banyak-banyak. Jom ikuti resipi di bawah.

Resipi Kuih Peneram 5 Bahan

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan-bahan bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
  2. Bila dah siap terus tuang dalam tepung.
  3. Kacau tepung sampai sebati menggunakan senduk. (jangan guna tangan, gula tu panas)
  4. Dah siap gaul, perap selama 4@5 jam. Nak sedap lagi perap semalaman.
  5. Dah siap perap boleh la tekap dan goreng.

  6. Siap!

Kredit: zalina zali

tags: |