Di bulan suci Ramadhan, sahur adalah salah satu rutin yang wajib dilakukan setiap subuh. Selain menjadi sebahagian daripada ibadah, bersahur juga dapat memberikan tenaga pada tubuh badan untuk menjalani aktiviti harian. Dibawah adalah antara makanan sahur yang boleh mengurangkan rasa lapar.
Ramai orang menganggap bahawa buah kurma lebih sesuai untuk dimakan pada waktu berbuka puasa. Tapi hakikatya, makan buah kurma pada waktu sahur juga sangat digalakkan. Hal ini kerana buah kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi akan membuat anda kenyang dengan jangka masa yang lebih lama dan ianya baik untuk kesihatan.
Telur adalah merupakan salah satu makanan yang kaya dengan protein. Kandungan protein yang tinggi di dalamnya ini lah yang membuat orang merasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Jika anda makan sebiji telur semasa bersahur sebagai hidangan penutup, anda dijamin akan kenyang sampai waktu berbuka puasa.
Buah Epal terkenal dengan mempunyai kadar air dan serat yang tinggi. Waktu bersahur anda disarankan makan sebiji buah epal yang dibuang kulitnya kerana kulit buah epal mengandungi serat pectin yang berperanan sebagai penekan nafsu makan. Kadar air dan serat yang tinggi boleh membuat buah Epal mampu memberi kesan kenyang yang lebih lama.
Oatmeal bukan sahaja makanan yang menyihatkan, ianya juga memberi kesan kenyang lebih lama. Ianya juga mengandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat, oatmeal mampu memberi tenaga bagi tubuh dan otak supaya anda boleh melakukan aktiviti harian. Anda disarankan untuk makan oatmeal dengan campuran susu, almond dan buah-buahan yang segar, ianya akan dijamin membuat anda lebih semangat dan tidak kelaparan sehingga waktu berbuka puasa.
Kisarkan pilihan buah-buahan seperti buah pisang, kurma, avocado buah beri dan mangga bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan smoothie yang kaya dengan protein dan mampu berikan rasa kenyang dengan jangka masa yang lama.
Semoga info ini bermanfaat untuk bulan suci Ramadan anda.