Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini ‘Bongkar’ 5 Rahsia Nasi Bungkus Gulai Ayam Kelate, Aroma & Rasa Dia Memang Berbeza

Wanita Ini ‘Bongkar’ 5 Rahsia Nasi Bungkus Gulai Ayam Kelate, Aroma & Rasa Dia Memang Berbeza

Kategori:
Gulai Ayam Kelate

Nak tahu rahsia gulai ayam kelantan? Jom ikuti perkongsian oleh cikgu Afy AL Habibi di bawah. Beliau membongkarkan 5 rahsia nasi bungkus gulai ayam Kelate yang ori, boleh cuba buat sendiri kat rumah lepas ni.

5 RAHSIA PENTING BUAT GULAI AYAM JADI SEDAP.

Cikgu janji nak kongsi semalam. Terpaksa tunda hari ini. Terkejut juga cikgu tengok sambutan ramai nak tahu cara cikgu gulai ayam. Sekali cikgu kongsi pasti segala rahsia cikgu bongkarkan semua sekali. Jangan kata gulai semua rasa sama. Kalau pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan, mesti aroma dan rasa gulai ada beza. Semerbak bau dan sesedap rasanya kalau sesiapa pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan.

Bolehlah tengok resepi ringkas cikgu sertakan di bawah. Untuk tahu rahsia lebih lengkap, baca dekat gambar yang cikgu sertakan.
Sangat berguna untuk peminat gulai ayam yang suka masakan pantai timur.
Silakan resepinya.

RAHSIA PERTAMA

Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar.
Tambahan jintan manis, serai dan sedikit lengkuas boleh menjadikan rasa gulai lain dari yang lain.

RAHSIA KEDUA

Rempah kari timbang dari Kelantan.

Nak buat gulai yang sama rasa dengan orang Kelantan kena guna rempah kari dari sana. Kalau cikgu haruslah guna rempah cikgu afy sendiri. Cuba banding sekali dengan rempah yang dibeli di pasar raya. Cikgu tak tipu.

Dari segi bau, aroma gulai sangat menyerlah sekali.

RAHSIA KETIGA

Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa.
Jika betul tumisannya, gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi.

RAHSIA KEEMPAT

Guna nisse kampung dari Kelantan. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nisse sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa.

RAHSIA KELIMA

Kerisik. Cikgu suka tambah kerisik supaya gulai memekat cantik dan gulai menjadi sangat sedap.

Resepi lengkap:

1. Kisar bahan di bawah:

*3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)
*1 ulas bawang putih
*Sehiris nipis lengkuas
*Sehiris halia
*Dua hiris nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan manis

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.

3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar.

4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.

5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa.(secubit asam jawa + secawan air kosong)

6. Masukkan perasa peringkat pertama:

-1/2 relung nisse kampung / 1/2 sudu besar gula Melaka

– secubit dua garam bukit

Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak.

7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.

8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat.

Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.

9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.

10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Nahhh.
Berapa kali cikgu masak gulai ayam pun, mesti licin sampai ke kuah. Kawan-kawan cikgu pun tahu keenakan gulai ini kalau cikgu bawa ke sekolah.

Tirulah cara cikgu. Mesti tak menyesal.
Selamat mencuba.

Cikgu tak tipu. Sebungkus nasi ini penuh dengan rasa dan aroma yang menarik.
Selamat mencuba!

 

 

 

 

tags: |