Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 5 Tips Berkesan Untuk Bangkitkan Selera Sahur Anda

5 Tips Berkesan Untuk Bangkitkan Selera Sahur Anda

Kategori: ,

Kejap sahaja sudah masuk bulan puasa. Mudah-mudahan semuanya terus bersemangat hingga ke penghujung Ramadan! Alang-alang sebut pasal semangat, anda setuju atau tidak kalau kami katakan waktu sahur sebenarnya agak mencabar untuk dilalui?

Yalah, susah nak bangun satu hal, tiada selera nak makan pun jadi masalah besar jugak. Tapi, kalau tidak bangun langsung, rugi besar pula! Sebab itu anda kena cuba tips yang kami kongsikan dekat bawah ini, biar berselera sakan time sahur nanti.

1. Jangan terlebih kenyang sewaktu berbuka

Selalunya ramai jadi tidak keruan bila tiba waktu berbuka. Selagi ada makanan depan mata, semuanya nak dihabiskan. Bila sudah terlebih makan, confirm badan jadi cepat letih dan malas nak bergerak. Silap-silap, anda boleh terus tertidur.

Paling tidak syok, bila waktu sahur anda sudah tiada selera nak makan. Takpun ada yang malas nak bangun langsung kononnya sudah terlebih kenyang. Rugilah! Ingat guys, makan berpada-pada waktu berbuka.

2. Cari geng temankan sahur

Mood sahur pasti akan jadi lebih seronok kalau ada teman berbual. Sekurang-kurangnya anda tidak rasa sunyi sangat. Jadi, jangan lupa untuk kejutkan pasangan, mak, ayah atau rakan serumah untuk bangun sahur bersama.

Bagi yang tinggal berseorangan waktu PKP ini, anda boleh cuba hubungi yang tersayang melalui panggilan video. Tapi, make sure bincang betul-betul pukul berapa nak bangun. Jangan sampai mood sahur terus hilang sebab si dia tidak jawab call.

3. Makanan atau minuman yang panas dapat cerahkan mata

Kami faham waktu sahur ini memang jadi serba tidak kena. Selalunya, mata pun terasa berat nak buka. Apatah lagi kalau terpaksa bancuh air, nak masak atau panaskan lauk, memang malaslah.

Tapi, tahu tidak sebenarnya minuman dan hidangan panas sewaktu sahur akan buat anda cerah mata dan lebih berselera. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sediakan juadah sahur panas-panas!

4. Bangun sedikit awal

Lewatkan waktu bersahur itu memang jadi tuntutan. Tapi, tidak bermakna anda boleh bangun selewat mungkin. Sebaiknya, bangunlah 15-20 minit lebih awal untuk ambil mood dan buat persiapan bersahur.

Nanti tidak adalah terjadi adegan anda kelam kabut bersahur sebab sudah nak habis waktu. Paling tragis, kalau anda bangun tapi hanya sempat minum air kosong sahaja. Kan sudah jadi tidak best!

5. Pastikan menu sahur lebih sedap

Tak adil rasanya kalau waktu berbuka sahaja anda sediakan menu yang sedap-sedap, tapi bila waktu sahur makanan ala kadar saja. Sebenarnya, anda lebih perlu utamakan menu yang menyelerakan waktu sahur juga. Barulah excited nak bangun makan.

Sama ada anda masak atau simpan sedikit juadah berbuka yang jadi kegemaran, kami yakin dengan cara ini anda lebih bersemangat nak bersahur.

Sumber : thevocket

Baca juga :Resepi Puteri Mandi Yang Sedap Sebagai Juadah Berbuka , Kalau Buat Confirm Jadi!

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

 

 

tags: