Seperti kita tahu bahawa kunyit adalah antara rempah ratus yang selalu digunakan di dalam masakan. Biasanya para ibu dan isteri yang gemar memasak, warna kuning kunyit di tangan akan melekat. Walaupun sudah bagus tangan banyak kali tapi masih juga ada.
Terjadilah seperti wanita ini yang masak ayam goreng kunyit hingga penuh di tapak tangan beliau. Suami beliau tergelak kerana kecomelan isterinya dan sanggup memasak untuk beliau. Jadi, Daily Makan sediakan 5 Tips Hilangkan Kesan Kunyit Di Tangan dan Kuku Anda untuk membantu anda.
Kisah kunyit melekat di tapak tangan ini dikongsikan oleh suaminya, qualityfindsalhaqqem di akaun TikTok beliau. Penuh di satu tapak tangan beliau dengan kunyit semata-mata untuk memasak ayam goreng kunyit kepada suaminya.
Telatah beliau ini membuatkan netizen memberi padangan masing-masing bahawa kalau di hospital, dah kena letak di bawah lampu biru. Seperti bayi yang mempunyai kuning tinggi.
Suaminya hanya tergelak dan menunjukkan ayam yang digoreng oleh isterinya. Kerana beliau beranggapan bahawa telatah isterinya itu sangat comel dan berkorban untuk beliau untuk masak ayam goreng kunyit itu untuk berbuka.
Jadi, mesti akan ada beberapa petua untuk hilangkan kunyit di tangan kita untuk para yang suka memasak ini.
Boleh menggunakan baking soda kerana ia dapat menghilangkan kesan kunyit pada tangan anda. Campurkan baking soda dengan sedikit air dan sapu rata pada bahagian kuning. Ulang beberapa kali sehingga hilang.
Cara gunakan cuka epal pula adalah dengan 3-4 titis cuka epal di tangan dan kuku anda. Kemudian, gosok dengan perlahan-lahan sehinggan kesan kunyit hilang. Selepas itu, bilas sahaja dengan air bersih.
Yang ketiga adalah lemon, hanya perlu memerah sahaja jus lemon itu dan kemudian sapukan pada tangan dan kuku. Biarkan seketika dan gosok perlahan-lahan sehingga hilang kesan berwarna kuning itu.
Panaskan minyak hingga suam dan kemudian sapukan minyak itu dan sapu pada kulit yang terkena kunyit. Untuk lebih cepatkan kesan kuning itu cepat hilang, gosok minyak itu menggunakan kain atau tuala.
Akhir sekali adalah minyak kelapa, sapukan minyak kelapa di sekitar kuku dan tangan sebelum menggaul kunyit. Minyak kelapa akan menghalang warna kuning untuk tidak melekat pada kulit.
@alhaqqem Goodjob cinta , kita rajin orang sayang 💛
@qualityfindsalhaqqemGoodjob cinta , kita rajin orang sayang 💛♬ original sound – Afiq
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen memberitahu wanita ini seperti sedang cosplay bermacam karakter. Turut membuat netizen yang lain tergelak dan ada juga memberi petua untuk hilangkan kuning itu.
Diharap 5 tips hilangkan kesan kunyit ini dapat membantu semua para ibu dan isteri yang rajin memasak ini. Selamat Mencuba!
Kredit: qualityfindsalhaqqem