Siapa yang tak gemarkan Dunkin’ Donuts? Rasa donat yang gebu dengan inti yang manis dan sedap buatkan ramai serbu Dunkin’ Donuts setiap kali ke mall.
Selain rasanya yang lazat, Dunkin’ juga sentiasa kreatif dalam menghasilkan donat dengan rekaan yang cukup menarik untuk disesuaikan dengan tema atau sambutan istimewa yang diraikan di Malaysia.
Khas buat penggemar donat, kali ini Dunkin’ mengajak anda untuk cuba 6 menu donat baru melalui 2 tema utama iaitu musim buah dan Hari Bapa!
Sempena musim buah pada tahun ini, Dunkin’ Donuts nak mengajak anda ke Fruity Fiesta!
Dengan rekabentuk serba comel dan inti jam buah-buahan yang enak, 3 menu terbaru yang diperkenalkan dari Dunkin’ Donuts ni pasti buatkan penggemar buah-buahan teruja nak cuba!
Menu donat terkini yang diperkenalkan dalam Fruity Fiesta adalah :
Mango Tango
Strawberry Li’Cious
Rockmelon
Bagi penggemar Dunkin’ Donuts, anda pasti sedia maklum dengan kesegaran rasa Iced Coffeenya yang luar biasa. Khas untuk peminat setia Iced Coffee dan donat, dapatkan kedua-dua menu ini dengan harga yang berbaloi menerusi tawaran Combo dari Dunkin’ serendah RM 25.60!
Fruity Fiesta Combo A (Harga : RM 25.60)
Fruity Fiesta Combo B (Harga : RM 39.90)
Fruity Fiesta Combo C (Harga : RM 49.20)
Menariknya pilihan donat terbaru dari Dunkin’! Jangan lupa untuk nikmati menu donat Fruity Fiesta bersama rakan dan keluarga.
Tak kira masa dan waktu, Dunkin’ pastinya adalah pilihan yang tepat untuk anda cipta memori indah bersama yang tersayang.
Jom dapatkan donat Mango Tango, Stawberry Li’Cious dan Rockmelon di cawangan Dunkin’ berdekatan!
Ayuh raikan ayah tersayang dengan donat istimewa dari Dunkin’ untuk masa terhad. Dengan 3 rekaan yang comel dan sesuai dengan hero kita, ia pastinya bakal menjadi sebahagian memori indah buat anda sekeluarga sempena Hari Bapa.
3 menu istimewa yang diperkenalkan oleh Dunkin’ bagi meraikan ayah tersayang adalah :
My Hero
Best Man
Sporty
Dapatkannya di cawangan Dunkin’ kegemaran anda sebelum 26 Jun 2022.
Memang rugi kalau tak cuba. Jom dapatkannya selagi stok masih ada!
Jika tak berkesempatan untuk walk-in atau bungkus, anda juga boleh dapatkan aneka donat gebu serta Iced Coffee yang menyegarkan dari Dunkin’ menerusi GrabFood atau Foodpanda!
Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Dunkin’ Malaysia untuk ketahui promosi hebat serta tawaran terkini dari jenama donat kegemaran rakyat Malaysia ini. Jom singgah Dunkin’.