Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 6 Tips Membezakan Madu Asli dan Madu Palsu Yang Ramai Tidak Tahu

6 Tips Membezakan Madu Asli dan Madu Palsu Yang Ramai Tidak Tahu

Kategori: ,

“Madu asli ke madu palsu ni?” ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya apabila nak beli madu.

Pada hari ini, madu palsu memang wujud di pasaran dan banyak dijual dikedai-kedai. Harga madu sebenar yang agak tinggi mungkin menjadi salah satu faktor kenapa ramai yang memlih untuk mendapatkan madu yang palsu. Malah, ada yang percaya 90% madu yang berada dipasaran adalah madu palsu !

Kepada mereka yang yakin dengan pelbagai jenis khasiat madu dan selalu mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang tulen dan berkualiti tinggi.

Antara tips memilih madu asli:

  1. Melekit

Sifat madu melekit, baik yang asli ataupun tiruan. Untuk mengetahuinya anda perlu mengujinya menggunakan jari anda dengan meletakkan sedikit madu pada jari anda dan biarkan sekejap. Kalau madu asli ia akan meleleh dengan perlahan lahan dan kalau madu tiruan pula ia akan terus melekit dan melekat pada jari anda.

  1. Tidak mengeras dalam peti sejuk

Madu yang mengeras apabila disejukkan tak semestinya madu palsu, tapi ia menunjukkan kandungan air tinggi dan kurang berkualiti. Kadang kala madu asli juga mempunyai kandungan air yang mungkin disebabkan keadaan cuaca dan mungkin semasa proses pembungkusan.

  1. Semut tidak suka

Hal ini kerana madu asli mempunyai aroma yang sangat kuat dan rasa manis yang semulajadi ini menyebabkan semut sangat tidak suka.

  1. Kertas tidak akan terkoyak/berlubang apabila madu dituang di atas kertas

Jika madu tersebut adalah tiruan, kertas itu akan terkoyak/berlubang apabila anda meletakkan sedikit madu di atas kertas hal ini kerana madu tiruan mengandungi air di dalamnya dan boleh menyebabkan kertas itu terkoyak/berlubang.

  1. Tidak ‘merebak’ apabila dituang di atas pasir

Jika madu tersebut adalah asli, ianya tidak akan ‘merebak’ apabila dituang di atas pasir. Hal ini disebabkan madu asli sifatnya adalah padat dan likat.

  1. Tenggelam apabila dituang dalam air

Jika madu asli ianya tidak mengandungi air dan menyebabkan ia tenggelam dalam air apabila dituang sedikit di dalam air hal ini kerana madu asli mempunyai sifat kental.

Madu tiruan mengandungi bahan pemanis dan ia tidak elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak dalam membezakan yang mana madu yang sebenar ataupun madu yang palsu. Semoga bermanfaat 🙂

tags: |