Wow bulan Disember ini banyak sangat kan makanan baru yang keluar. Kesemuanya menggiurkan! Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia mengalami musim hujan namun ia tidak menghalang 7 Eleven untuk melancarkan item baru mereka iaitu Aiskleem dan Slurpee yang baru!
Umum mengetahui bahawa 7-Eleven merupakan salah satu daripada kedai serbaneka yang telah lama wujud di Malaysia. Dan seperti yang anda ketahui juga kalau teringat nak minum Slurpee pasti ke 7-Eleven. Betul kan? Mana lagi nak cari tempat yang sediakan minuman Slurpee yang sedap macam 7-Eleven!
Oh ya, korang dah tahu ke yang 7-Eleven akan sentiasa mengeluarkan perisa Aiskleem yang baru dan pastinya unik. Seperti apa yang pernah dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti Dalgona in Red, Roaring Limau dan banyak lagi. Manakala untuk kali ini pula, 7-Eleven telah mengeluarkan rasa Oh-nana. Perisa ini adalah limited edition!
Aiskleem Oh-nana ini hanyalah berharga RM1.90 per kon. Kalau korang nak makan banyak sikit, boleh beli yang dalam cawan, ianya hanyalah berharga RM3.60. Dan yang lebih menarik lagi, korang boleh membuat pilihan untuk menambah biskut coklat ke dalam aiskrim tu tau! Jadi korang akan dapat secawan ais krim Pisang dengan biskut coklat. So yummy!
Item seterusnya pula adalah Slurpee Blueberi. Katanya ini juga edisi terhad. Slurpee Blueberry ini adalah minuman campuran ais yang sempurna untuk korang minum bagi mengatasi kepanasan. Warna birunya betul-betul memukau. Ianya terdapat dalam saiz 12 oz, 16 oz dan 22 oz. Harganya bermula dari RM2.30 sahaja! Dan berita gembira, kalau korang adalah ahli aplikasi My7E, korang boleh dapat satu lagi Slurpee dengan PERCUMA, terpulang korang nak saiz apa pun tapi selepas anda beli enam cawan lah.
So tunggu apa lagi, bagi korang yang belum mencubanya lagi, cubalah sekarang sementara ianya masih dijual!